KAFA tak mampu penuhi tuntutan gaji Bojan Hodak RM800,000
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak hampir pasti akan meninggalkan pasukan itu musim depan selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikatakan tidak akan memenuhi permintaan gaji yang tinggi daripada pengendali itu musim depan.
Jurulatih kelahiran Croatia itu yang mencipta gemilang bersama Kelantan berjaya membawa The Red Warriors (TRW) memenangi tiga piala musim lalu dikatakan akan berpindah ke T-Team atau pun Pulau Pinang. Kekosongan bakal ditinggalkan Bojan itu dijangka diisi bekas jurulatih Perak, Steve Darby.
Ramai pindah
Menurut sumber, selain Bojan, Kelantan juga bakal kehilangan beberapa tonggak utama musim depan termasuk pemain ‘otai’ mereka iaitu, Indera Putra Mahayuddin yang turut diintai T-Team.
Tak mampu tunai
“KAFA tidak mampu memenuhi kehendak Bojan yang meminta gaji sebanyak RM800,000 semusim, semestinya kemamp uan kantung pasukan menjadi keutamaan TRW sebelum membuat keputusan.
“KAFA sudah membuat tawaran termasuk kenaikan gaji kepada Bojan, namun, beliau membisu dan terus berharap agar permintaan itu ditunaikan pengurusan,” katanya ketika ditemui.
Sebelum ini enam tonggak utama Kelantan iaitu, Norfarhan Muhammad, Shakir Shaari, Zairo Anuar Zailani, Daudsu Jamaluddin, Azizi Mat Rose dan S Subramaniam hampir pasti menyertai JDT musim depan.
Penyerang import prolifik Kelantan, Dickson Nwakame juga bakal meninggalkan pasukan itu untuk kembali menyertai liga luar negara selain Ahmad Fakri Saarani juga dikatakan akan turut angkat kaki.
Bincang dengan Indra
TRW kini dikatakan dalam proses perbincangan dengan Indra bagi memastikan pemain itu terus kekal di Kelantan untuk terus bergandingan dengan kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi ataupun lebih dikenali sebagai Piya.
“Indra menerima tawaran gaji sebanyak RM55,000 sebulan daripada pasukan berkenaan, begitu juga gaji lumayan turut ditawarkan kepada Piya oleh FELDA United.
“Bagaimanapun pemain Negeri Sembilan, Ahmad Shakir Mohd Ali akan bersama Kelantan musim depan selain Nurul Azwan Roya yang kini bersama JDT turut diberikan tawaran untuk kembali bersama TRW,” katanya.
- Berita Harian
October 12, 2013 - 11:09 pm
Red warrior tinggal sejarah lah tahun depan. Tinggal piya dgn apek aje tonggak.
October 12, 2013 - 11:31 pm
Tak mengapalah, trw terbukti hebat kerana pemainnya jelas menjadi rebutan. Harap pengurusan lebih mantap dalam melahirkan lebih ramai bintang. Bintang yang dibeli belum tentu boleh terus bersinar. Bintang yang baru digilap lebih berpotensi bersinar cerah.
October 13, 2013 - 10:58 am
Berita ni dipetik dr Berita Hairan..blum pasti,aku yakin Kafa ada perancangan yg rapi secara senyap2..sbb blajar dr kesilapan awal musim ni yg nyata memberi impak kpd prestasi pasukan..aku tggu dr Kafa sdiri,kurang percaya dgn rumour2 yg blum pasti..GKG
October 14, 2013 - 1:02 am
kawe setujuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu nga demow
October 14, 2013 - 3:27 pm
Kawe pelik surat khabar duk wat rumours time TRW nk hadapi semifinal P.M’sia,game penting ni..sajo nk gangggu konsentrasi..kalu berito tentu sohih takpo..pasal team lain xbersgguh sgt,kalu pasal team TRW xde gapo2 gege gelegok…
October 13, 2013 - 10:13 pm
BERITA DIATAS TU PELAWOK(BOHONG) SEMATA-MATA,MENATANG IBLIS MANA YANG CUBA-CUBA MAINKAN PROVOKASI MURAHAN TERSEBUT !!!!!
October 19, 2013 - 2:40 pm
Berita bohong mcm ni pun di siarkan disini,
akhbar bohong,,kenapa dicedok…bongok
October 14, 2013 - 11:38 am
800k kalau bg 12 bulan, dapat RM66,666.66 sebulan. Sama dgn nombor telefon TSAM. Mgkin Bohjan minta gitu sbb TRW menang 6-1 dgn JDT dan TSAM pula suka nombor 6. Memang Ngam Ngam..
October 14, 2013 - 4:43 pm
pemain datang dan pergi…
October 15, 2013 - 2:00 pm
Apa lagi TMJ, sambar la. ambik 2 coach. satu untuk player, satu untuk keeper. kalau kalah nanti takde la alasan2 yang bodoh dari penyokong JDT.
October 15, 2013 - 6:57 pm
takdok dh la pnyokong trw hok slalu penuh dlam stadium musim dpan kwe raso..
October 15, 2013 - 7:04 pm
pakat nk angkt kaki blako pah tnggl 2 tnggk jah..agok2 buleh shor plok ko musim depe eh…..
October 16, 2013 - 9:09 am
tahun depan dapat satu piala pun dah bangga . tapi tengok budak2 TPW ramai yang bagus
October 19, 2013 - 5:09 pm
Kawe setuju. asah bakat-bakat TPW biar demo-demo ni jadi TRW akan datang. Penyokong jange la lari pulok. bagi sokonge kat kelate sampai bilo-bilo