Khairul Fahmi ‘Apek’ ditawar RM3 juta tinggalkan Kelantan
Khabar angir tersebar di internet Apek dipancing tawaran lumayan
Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.
Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.
Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.
“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya. — Metro
October 15, 2012 - 3:19 pm
Semoga apek membuat pilihan yg terbaikkkk utk karier..good luck..Apa2 hal pun buat yg terbaik utk final nti Apek.
October 17, 2012 - 12:50 pm
To me, this is a tapping up which unethical and unacceptable in profesional league around the world. Remember Chelsea and Ashley Cole.. this is the same. It will sour the relationship between the player and the club. To be truly profesional, FAM should impose this and get the interested club to talk to the player’s club first.
October 20, 2012 - 9:49 pm
kalau apek pilih semata-mata duit memang prestasi dia akan jatuh tak lama lagi. kalau setakat dalam liga malaysia je baik tak payah.