Manchester United langkah bergaya

August 17th 2010 | Posted by Berita EPL

DIMITAR Berbatov, Darren Fletcher dan Ryan Giggs menjaringkan gol bagi membolehkan Manchester United memulakan kempen Liga Perdana England dengan kemenangan 3-0 ke atas Newcastle, awal pagi tadi.

United begitu selesa mengambil peluang ke atas juara Liga Kejuaraan musim lalu dengan menguasai sebahagian besar perlawanan, biar pun ia merupakan malam mengecewakan bagi Wayne Rooney yang masih ketandusan jaringan sejak Mac lalu.

Berbatov menjaringkan gol pertama buat United hasil gerakan pada minit ke-33 perlawanan sebelum Fletcher menyelusuri dengan jaringan kedua menjelang tamat separuh masa pertama.

Pemain gantian, Giggs pula mengukuhkan kedudukan United hasil jaringan, lima minit sebelum perlawanan berakhir.

Selepas semua pasukan selesai mengharungi perlawanan masing-masing, Chelsea selesa mendahului carta liga hasil kemenangan besar 6-0 ke atas West Bromwich diikuti Blackpool yang mengejutkan Wigan 4-0.

Aston Villa dan Manchester United berkongsi kedudukan di tangga ketiga selepas kedua-dua pasukan menang 3-0 perlawanan masing-masing.

Jadual Perlawanan Kedua: 21-24 Ogos 2010

  • Arsenal vs Blackpool
  • Birmingham vs Blackburn
  • Everton vs Wolverhampton
  • Stoke City vs Tottenham
  • West Brom vs Sunderland
  • West Ham vs Bolton
  • Wigan vs Chelsea
  • Newcastle vs Aston Villa
  • Fulham vs Manchester United
  • Manchester City vs Liverpool

Related Posts

Liverpool terlepas 3 mata

KESILAPAN penjaga gol Liverpool, Pepe Reina pada minit akhir perlawanan membolehkan Arsenal membawa pulang satu mata berharga selepas mengikat The Reds 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Anfield, sebentar tadi. Pasukan tuan rumah memulakan aksi selepas rehat dengan 10 pemain apabila bekas pemain sayap Chelsea, Joe Cole dilayang kad [...]

Chelsea bermula garang

Didier Drogba catat hatrik JUARA bertahan, Chelsea memulakan kempen mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan bergaya apabila menundukkan West Bromwich Albion 6-0 pada perlawanan sulung musim ini di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Chelsea bermula garang dengan memperoleh gol seawal minit ke-6 menerusi rembatan Florent [...]

Kesilapan Howard bawa padah

GOL awal Nikola Kalinic hasil kesilapan penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard membolehkan Blackburn Rovers meraih kemenangan 1-0 ke atas Everton pada perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam tadi. Howard bertindak keluar daripada gawang gol untuk menyelamatkan bola pada minit ke-14 tapi Kalinic bertindak lebih pantas apabila berjaya merembat [...]

Blackpool lakar kejutan

PENDATANG baru, Blackpool mengejutkan Wigan 4-0 dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris di gelanggang lawan malam tadi. Dua gol hasil jaringan Marlon Harewood ditambah pula dengan jaringan Gary Taylor-Fletcher dan Alex Baptiste sudah cukup untuk memberi kemenangan kepada mereka. Harewood, yang dilepaskan oleh Aston Villa pada [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.