Newcastle dahului Aston Villa 3-0

August 22nd 2010 | Posted by admin

UPDATE: Newcastle 6-0 Aston Villa

KEGAGALAN penyerang Aston Villa, John Carew menyempurnakan sepakan penalti mengundang padah apabila Newcastle segera mengambil peluang dengan menyumbat tiga gol tanpa balas pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park malam ini.

Penjaga gol tuan rumah, Steve Harper menjatuhkan Ashley Young pada minit ke-9 yang membolehkan Villa dihadiahi sepakan penalti, namun Carew mensia-siakan peluang untuk gol awal apabila menyepak tinggi melepasi palang gol.

Tiga minit berselang giliran Newcastle memperoleh peluang dan Joey Barton melepaskan tendangan dari jarak 25 meter untuk gol pertama tuan rumah.

kevin Nolan menambah gol kedua buat Newcastle pada minit ke-31 disusuli jaringan Andrew Carroll pada minit ke-34 untuk membolehkan tuan rumah mendahului 3-0.

Related Posts

Newcastle cipta kejutan

Andy Caroll mencatatkan hatrik bagi membantu Newcastle membenam Aston Villa 6-0 di St James' Park. Newcastle yang dibimbing oleh Chris Hughton mencatatkan kemenangan pertama sejak melangkah ke Liga Perdana Inggeris dari Championship musim lepas. Pendatang baru itu mengambil peluang dari kegagalan pemain Aston Villa, John Carew menyempurna [...]

Aston Villa pintas City

JARINGAN James Milner pada lewat perlawanan menghidupkan sisa-sisa peluang Aston Villa untuk persaingan ke Liga Juara Eropah musim depan selepas menang tipis 1-0 ke atas Birmingham City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park malam ini. Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti apabila pertahanan Birmingham, Roger Johnson [...]

Chelsea mara ke final

JUARA bertahan, Chelsea mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Aston Villa 3-0, lewat malam tadi sekali gus mencerahkan peluang skuad The Blues untuk menjulang gelaran berganda buat pertama kalinya. Ketiga-tiga gol Chelsea hadir selepas babak kedua menerusi Didier Drogba minit ke-67, sebelum Florent Malouda menokok gol kedua [...]

City, Villa, Tottenham, Fulham teruskan kemaraan

MANCHESTER City meneruskan rentak cemerlang bersama pengurus baru, Roberto Mancini selepas menang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menumpaskan Middlesbrough 1-0 di Stadium Riverside, semalam. Jaringan tunggal Benjani Mwaruwari pada minit ke-45, berjaya memberi kemenangan buat pasukan Liga Perdana England (EPL) itu, walaupun mereka menerima [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.