Newcastle cipta kejutan

August 23rd 2010 | Posted by admin

Andy Caroll mencatatkan hatrik bagi membantu Newcastle membenam Aston Villa 6-0 di St James’ Park.

Newcastle yang dibimbing oleh Chris Hughton mencatatkan kemenangan pertama sejak melangkah ke Liga Perdana Inggeris dari Championship musim lepas.

Pendatang baru itu mengambil peluang dari kegagalan pemain Aston Villa, John Carew menyempurna sepakan penalti pada separuh masa pertama untuk menguasai permainan.

Ini terbukti apabila gandingan Joey Barton, Kevin Nolan dan Caroll menjaringkan tiga gol dalam tempoh 22 minit.

Carroll sekali lagi cemerlang apabila menambah lagi dua gol pada separuh masa kedua.

Kenduri gol Newcastle bermula pada minit kelapan apabila Joey Barton merembat bola dari jarak 30 meter sekaligus menewaskan penjaga gol Aston Villa, Brad Friedel.

Friedel ditewaskan buat kali kedua kali ini dengan gandingan Jose Enrique dan Nolan, Nolan menyepak mudah bola muntah untuk gol kedua.

Caroll pada minit ke-34 merembat bola dari jarak dekat melalui hantaran sepakan sudut dari Barton untuk gol ketiga Newcastle.

Caroll sekali lagi pantas untuk menyambar bola muntah dan menjaringkan gol keempat Newscastle pada minit ke-67.

Nolan menjadikan Newcastle 5-0 dihadapan apabila merembat masuk bola hasil dari tandukan Shola Ameobi tiga minit sebelum permainan tamat.

Dalam masa kecederaan, pemain gantin. Xisco menjadi jentera gerakan untuk membantu Caroll melengkapkan hatriknya sekaligus kemenangan 6-0 untuk Newcastle.

Related Posts

Newcastle dahului Aston Villa 3-0

UPDATE: Newcastle 6-0 Aston Villa KEGAGALAN penyerang Aston Villa, John Carew menyempurnakan sepakan penalti mengundang padah apabila Newcastle segera mengambil peluang dengan menyumbat tiga gol tanpa balas pada babak pertama aksi Liga Perdana Inggeris di St James Park malam ini. Penjaga gol tuan rumah, Steve Harper menjatuhkan Ashley Young [...]

Aston Villa pintas City

JARINGAN James Milner pada lewat perlawanan menghidupkan sisa-sisa peluang Aston Villa untuk persaingan ke Liga Juara Eropah musim depan selepas menang tipis 1-0 ke atas Birmingham City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Villa Park malam ini. Pasukan tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti apabila pertahanan Birmingham, Roger Johnson [...]

Chelsea mara ke final

JUARA bertahan, Chelsea mara ke perlawanan akhir Piala FA selepas menewaskan Aston Villa 3-0, lewat malam tadi sekali gus mencerahkan peluang skuad The Blues untuk menjulang gelaran berganda buat pertama kalinya. Ketiga-tiga gol Chelsea hadir selepas babak kedua menerusi Didier Drogba minit ke-67, sebelum Florent Malouda menokok gol kedua [...]

City, Villa, Tottenham, Fulham teruskan kemaraan

MANCHESTER City meneruskan rentak cemerlang bersama pengurus baru, Roberto Mancini selepas menang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menumpaskan Middlesbrough 1-0 di Stadium Riverside, semalam. Jaringan tunggal Benjani Mwaruwari pada minit ke-45, berjaya memberi kemenangan buat pasukan Liga Perdana England (EPL) itu, walaupun mereka menerima [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Copyright © 2010 Portal Berita EPL | Liga Perdana Inggeris. All rights reserved. Brought to you by Sokernet.com Team. Sokernet Group: Berita Bola Terkini | Video Bola Sepak.