Bacul kalau saya berundur sekarang - Khazali Din
Peminat Kenari mendesak pengurusan bola sepak Kedah dirombak
PENGURUS Pasukan Kedah, Datuk Khazali Din menegaskan beliau tidak akan meletakkan jawatannya walaupun desakan supaya beliau berbuat demikian semakin kuat kedengaran susulan satu lagi aksi menegecewakan apabila Skuad Kenari diaibkan Johor FC 1-3 di Stadium Darul Aman malam tadi.
Sebaliknya Khazali menegaskan beliau akan melakukan rombakan menyeluruh ke atas Skuad Kenari.
“Malam ini cukup mengecewakan.. sebelum ini kita salahkan goal keeper, malam ini kesemua salah.. semua orang salah.
“Justeru kita akan buat reformasi (ke atas Skuad Kenari).
“Dalam keadaan macam ini saya tidak boleh tinggalkan teamlah.. you ni kira bacullah kalau tinggalkan team dalam keadaan yang lemah, kita cari jalan supaya (pasukan) akan naik balik,” katanya selepas perlawanan Kedah menentang Johor FC malam tadi.
Bukan salah Khazali seorang
ALOR SETAR – Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dikatakan akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat dan dijangka turut membincangkan kedudukan Datuk Khazali Din sebagai pengurus pasukan Hijau Kuning.
Utusan Malaysia difahamkan perbincangan mengenai kedudukan Khazali adalah bagi mengambil kira pandangan dan desakan segelintir peminat yang mahu beliau berundur ekoran aksi longlai skuad Kenari dalam permulaan Liga Super.
Menurut sumber, sebarang keputusan mengenai kedudukan Khazali akan dibuat secara bersama, dengan mengambil kira pelbagai aspek demi kebaikan semua.
Desakan segelintir penyokong mahu Khazali berundur semakin hebat disuarakan kelmarin akibat aksi longlai skuad Kenari yang bukan saja gagal mencipta kemenangan, malah gagal menjaringkan sebarang gol dalam empat perlawanan Liga Super, menyebabkan Kedah menghuni tangga kedua tercorot.
Sementara itu, Setiausaha Kehormat KFA, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam berkata, isu mengenai kedudukan Khazali diserahkan kepada persatuan itu untuk menentukannya dengan memberi jaminan mempertimbangkan pandangan semua pihak.
Beliau bagaimanapun berkata, situasi yang melanda Hijau Kuning tidak boleh diletakkan ke atas bahu Khazali semata-mata.
Beliau turut meminta penyokong Kedah agar tidak panik dengan prestasi skuad Kenari kerana KFA akan melakukan segala yang terbaik bagi mengembalikan kegemilangan bola sepak Kedah.
Tindakan itu, katanya termasuk menggantikan pemain import jika perlu tetapi mesti menerusi prosedur yang ditetapkan.
“Persembahan Kedah sebenarnya menunjukkan peningkatan dan masih ada ruang serta peluang untuk memperbaiki kelemahan memandangkan musim liga masih panjang.
“Saya berharap semua pihak tidak panik dan terus berada di belakang menyokong pasukan,” katanya. — Utusan
Related posts
- Video Gol Obinna Nwaneri [Kedah vs Kelantan] Piala FA 2012
- Video Kedah 1-1 Perak [Piala Malaysia 2013]
- Wan Jamak rombak pertahanan hadapi T-Team
- Video Gol Baddrol Bakhtiar [Kedah vs Terengganu] Liga Super 2012
- Video Kedah 0-0 Lions XII [Liga Super 2011]
- Tamat hukuman gantung ibarat mati hidup semula - Wan Jamak
- Kedah lakar kemenangan sulung
- Khyril Muhymeen wira Hijau Kuning
- Video: Kedah 1-1 Sabah
- Hadi, Manaf sandaran gempur Kedah
Luahan Perasaan