Hadi, Manaf sandaran gempur Kedah

PENJARING terbanyak Terengganu, Abdul Hadi Yahya berazam memberikan persembahan terbaik untuk membantu pasukannya menewaskan Kedah pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini, sekali gus memastikan kedudukan skuad Penyu di tangga teratas Liga Super tidak tergugat.

“Saya sudah sedia menggalas tugas sebagai penggempur dan yakin mampu menjaringkan gol bagi membantu pasukan mencapai kemenangan,” katanya.

Abdul Hadi berkata, sebagai penyerang dia sentiasa berusaha memastikan setiap peluang diperoleh di depan gawang lawan mampu diterjemahkan sebagai jaringan.

Dia juga mengaku cukup serasi bergandingan bersama Manaf Mamat di barisan serangan dan memahami corak permainan masing-masing.

“Saya harap kami dapat membolosi gawang lawan seberapa banyak yang boleh.

“Yang penting seluruh pasukan berusaha bersungguh-sungguh memastikan matlamat memburu kemenangan tercapai.

“Saya sudah menjaringkan 15 gol liga dan mahu menambah koleksi jaringan supaya menjadi penjaring terbanyak musim ini,” katanya.

Sementara itu, Manaf yang sudah menjaringkan 10 gol turut bertekad menghasilkan jaringan bagi membantu pasukannya meraih kemenangan.

“Sebagai pemain barisan serangan, saya akan cuba sedaya upaya membolosi gawang lawan,” katanya.

Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mahu anak buahnya mempamerkan persembahan terbaik supaya matlamat mengutip tiga mata penuh tercapai.

“Saya yakin pemain bertambah semangat selepas mencapai kemenangan besar ke atas Pahang dan mereka mampu mengulangi pencapaian itu dalam pertemuan dengan Kedah,” katanya. — Harian Metro

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>