Kedah lakar kemenangan sulung

Negeri Sembilan 1-1 T-Team
Kuala Lumpur 0-1 Kedah

Keputusan Kuala Lumpur vs Kedah
Liga Super 8 Februari 2012
Stadium Hang Jebat Melaka

KEDAH yang bergelut dengan krisis keyakinan peminat terhadap pengurusan pasukan, mengukir kemenangan pertama pada perlawanan keenam malam tadi dengan menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Jaringan tunggal seawal minit keenam menerusi Mohd Khyril Muhymeen Zambri sudah cukup buat Kedah menewaskan Kuala Lumpur bagi mengutip mata penuh sulung skuad Kenari musim ini.

Diperkuat dengan dua import baru, skuad Warga Kota menguasai babak kedua dan hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-80 tetapi rembatan Mohd Shafiq Johari ditepis penjaga gol Kedah, Mohd Helmi Eliza Elias.

Kekalahan skuad bimbingan Razip Ismail itu terus meletakkan Kuala Lumpur di posisi tercorot liga dengan lima kekalahan dan sekali seri selepas mengharungi enam perlawanan.

Kuala Lumpur akan sekali lagi menjadi tuan rumah Sabtu ini dengan menyambut kedatangan Johor FC manakala Kedah menanti kunjungan Sabah di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Rekod Perlawanan Kedah

  • Match 1: T-Team 3-0 Kedah
  • Match 2: Kedah 0-0 Lions XII
  • Match 3: PKNS FC 0-0 Kedah
  • Match 4: Kedah 0-3 Kelantan
  • Match 5: Kedah 1-3 Johor FC
  • Match 6: K.Lumpur 0-1 Kedah

Rekod Perlawanan Kuala Lumpur

  • Match 1: Sarawak 2-0 K.Lumpur
  • Match 2: K.Lumpur 0-3 T-Team
  • Match 3: Lions XII 2-1 K.Lumpur
  • Match 4: K.Lumpur 1-1 PKNS FC
  • Match 5: Kelantan 3-0 K.Lumpur
  • Match 6: K.Lumpur 0-1 Kedah

Keputusan Kuala Lumpur vs Kedah: 0-1 | 08.02.2012




coded by nessus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>