Kedah FA Team

KEDAH akan melakukan rombakan terhadap barisan pertahanannya bagi memastikan pasukan itu tidak melepaskan gol mudah seperti yang berlaku dalam beberapa perlawanan Liga Super dan Piala FA.

Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata beliau melakukan post-mortem di bahagian pertahanan bagi membolehkan barisan pertahanan menyekat barisan serangan lawan daripada menjaringkan gol.

“Pemain yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menjaga bahagian pertahanan seringkali melakukan beberapa kesilapan mudah sehingga menyebabkan pasukan terpaksa akur dengan kekalahan.

“Kita telah nasihatkan kepada semua pemain agar melupakan kekalahan kepada Kelantan tempoh hari dan berharap pemain dapat menumpukan bagi mengutip mata penuh di laman sendiri.

“Saya harap pemain akan dapat memburu mata penuh menentang kelab dari Terengganu T-Team malam esok, bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super,” katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.

Banyak pihak menyalahkan kelekaan barisan pertahanan sebagai punca pasukan Kedah gagal layak ke perlawanan akhir Piala FA setelah tunduk kepada Kelantan pada peringkat separuh akhir.

Kelantan ke perlawanan akhir Piala FA menerusi kelebihan gol di tempat lawan selepas seri 2-2 pada perlawanan timbal-balik separuh akhir di Stadium Darul Aman di sini pada 1 Mei lepas denga perlawanan pertama di Kota Baharu terikat 1-1.

Pada perlawanan di Stadium Darul Aman, Kedah telah mendahului 2-0 pada separuh masa pertama sebelum Kelantan bangkit mendapatkan dua gol pada separuh masa kedua untuk kedudukan terikat 3-3 secara agregat.

Dalam saingan Liga Super, Kedah kini menduduki tangga ke-12 dengan mengumpul 16 mata dan akan berhadapan dengan pasukan T-Team di tangga keenam dengan 20 mata malam esok.

Sementara itu Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah berkata kekalahan Kedah pada Piala FA baru-baru ini perlu dijadikan pengajaran untuk bangkit dengan semangat baru bagi mengharungi saingan liga musim ini.

“Cabaran dalam liga ketika ini amat sengit dan pemain pasukan Kedah perlu memperhebatkan permainan mereka. Kelemahan di beberapa posisi termasuk pertahanan perlu dibaiki,” katanya.

Katanya pemain Kedah tidak perlu lemah semangat dan rendah diri kerana ribuan penyokong yang membanjiri Stadium Darul Aman malam esok akan menyokong serta memberi semangat kepada mereka untuk terus maju. - Bernama




coded by nessus

Main topics: Liga Malaysia, Liga Super

Sub topics: , , , , ,


Readers Comments (12)

  1. jeme klate

    sabar byk2.. tak boleh bangga sgt team sendiri, rasa paling hebat.. bila kalah kata silap itu ini dan mcm2.. kalah tetap kalah , tak boleh byk alasan. yang penting skali terima dgn reda .. tak payah le media pun nak heboh.. kalau kedah hebat harapnya t.team pun tunjuk hebat juga.. biar puak yang tak pernah nak terima kekalahan mcm ni kenal diri… sorry ye kalau penyokong kedah terasa… usahalah, tak perlu hebohkan biarlah orang lain hebohkan… itulah benar2 hebat… k.. salam semua..

     Reply
  2. rambutan

    saya suka nak tengok semua team kat malaysia maju dan bagus. Kedah nak buat perubahan itu sudah menampakkan satu kemajuan tetapi kalau alasan kalah dengan kelantan saya tak berapa setuju kerana kedah pada ketika itu sudah bagus hanya nasib meyebelahi kelantan.lantaran itu penyokong kedah jangan terlalu kecewa kerana sudah adat permainan.

     Reply
  3. fakhrurazi

    dah kalah tu kalah jer la… apa2 benda yg berlaku semuanya memang la bergantung pada nasib… sebab itu ada NASIB BURUK dan NASIB BAIK… yang nasib baik tu KELANTAN… yang berNASIB BURUK tu ialah KEDAH… ahahahaha….

     Reply
  4. SemutApi

    Assalamu’alaikum semua. Yang komen kat atas tu bukan TRW punya fans ye. Itu adalah man laksa juara provoke. Keje dia x de lain hanya nak provoke dan melaga-lagakan orang je. Jangan termakan dengan provokasi anak dajal ni. Sekian. Harap maklum.

     Reply
    • trwkl

      setuju sangat dgn semut api , kalu cakap buruk nak provokasi tu bukan gomo fans tu setan durjana.. nak keruhkan suasana yg jernih antara penyokong. Sokong semua yg berjuang memartabatkan Liga M .

       Reply
  5. merahkuning

    selangor trbaik negeri lain kayu jeee

     Reply
    • hijau putih

      YElaaaaaa Selangor mmg terbaik. Daaa x ada kayu daa kat selangor. Yang tinggal kat selangor hanye kaki2 bangku aje, tu poon daaa nk reput, Syok sangatngan sejarah silam… Selangor daaa masuk buku sejarah daaaaa. Hobeng jang Hobeng…Bantai jang bantai, ambik kayu buek lomang.

       Reply
      • hijau putih

        Nah rasakan kaki bangu… LOMANG-LOMANG, 3 sudaaa siap, Terbaek laaa kayu merah kuning. kwang.kwang,kwang

         Reply
  6. Jang

    Selangor terbaik.ha ha ha..pas tu kena 3 bijik dgn n9…hobeng jang hobeng…

     Reply
  7. abe di

    kesian selangor kena blasah dgn n9 …..

     Reply
  8. merahkuning

    selangor dh byak piala laaaa…

     Reply
    • hijau putih

      Bawak kuar semua piala tuu. lama x digilap. semua daa berhabuk laaaa. polish skali tau. Cian tull daa reput ponn ada. ish2

       Reply