T-Team dakwa Evaldo Convalves ditumbuk, berdarah di hidung

insiden panas, kecoh jdt vs t-team piala fa 2014
Foto: www.facebook.com/JohorSouthernTigers

T-Team enggan meneruskan perlawanan pusingan kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) ekoran insiden panas menuju bilik persalinan ketika rehat separuh masa di Stadium Larkin malam tadi.

Menurut laporan New Straits Times, Penyerang Evaldo Convalves didakwa ditumbuk dimuka oleh seorang pegawai Johor FA dalam terowong ke bilik persalinan selepas pengadil meniup wisel separuh masa dengan tuan rumah mendahului 2-1.

Insiden itu menyebabkan Convalves berdarah di hidung manakala jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo telah ditendang dipangkal paha oleh pegawai lain ketika cuba untuk menghentikan pergelutan.

Kejadian itu disaksikan oleh beberapa pemain dari kedua-dua pasukan .

Penolong jurulatih T-Team, Azlan Johar berkata pegawai itu menumbuk pemainnya tanpa sebab.

“Ia merupakan satu pelanggaran serius terhadap keselamatan. Kami telah memutuskan untuk meneruskan permainan (masa kedua) kerana wujud kebimbangan di kalangan pemain saya,” kata Azlan.

Penjelasan pihak PBNJ insiden ketegangan masa rehat

Pihak PBNJ melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan Pengadil Perlawanan pada malam ini di mana perlawanan tersebut di atas telah ditangguhkan dengan tiada keputusan yang saksama:

1. Sebaik sahaja wisel penamat untuk separuh masa pertama dibunyikan, Stefano Impaguazzo, Jurulatih Kecergasan pasukan T-Team telah membuat provokasi dengan Cesar Fernando Giminez, Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim.

2. Tiba-tiba pemain impot T-Team, Evaldo Rodrigues, memakai jersi nombor 16, telah meluru masuk menuju terus ke hadapan muka Cesar Fernando Giminez dengan memarahi Cesar dan ini terus berlarutan hingga ke terowong menuju ke bilik persalinan.

3. Pihak keselamatan stadium yang diketuai oleh PDRM Johor telah berjaya meleraikan masalah tersebut.

4. Tiada apa-apa insiden yang buruk berlaku kepada pemain pasukan lawan dan juga penyokong pasukan lawan.

5. Segala perjalanan dalam perlawanan di tengah padang juga amat cemerlang.

6. Perlawanan terpaksa ditangguhkan kerana pasukan T-Team telah membuat keputusan mengejut dengan menarik diri serta pulang awal sebelum perlawanan pada masa kedua dimulakan.

Pihak PBNJ tidak bersetuju dengan keputusan perlawanan ditangguhkan pada malam ini kerana apa yang berlaku tidak melibatkan pemain-pemain di tengah padang mahupun penyokong-penyokong ketika perlawanan sedang berlangsung.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

23 Responses to T-Team dakwa Evaldo Convalves ditumbuk, berdarah di hidung

  1. Pingback: T-Team boikot aksi Piala FA lawan JDT di Larkin | Sokernet

  2. oh..macam tu sebenarnya.

  3. Ape nie JDT….xde smngat kesukanan lgsung..tahulah baru nek…kami nk tngk bola bkn nk tngok org bertumbuk..HIDUP T.team…

  4. Doh nk sangat trofi ambik jelah…T-TEAM xkisah….INSYAALLAH adelah 2 rzeki kite len kli…

  5. bagi je kt JDT menang…xpe la.. lupa la piala FA tu.. hidup TTeam..

    • Eh kalau t-team leading ko rasa dorg nak tarik diri balik awal tak??ini semua politik la..tak payah ko pening player t-team dah mengaku dah sendiri start provoke..luciano dgn aimar dah pujuk tapi nk tolak coach dorg plk..cakap pulak kena tumbuk berdarah tp geng sendiri tgk takda kesan kena pun..

  6. ini semua salah isteri MAT YO.

  7. JDT perasan da hebat sangat ker sampai bole pukul oarang suke2 ati.. kita tengok keputusan FAM mesti berat sebelah punyer..

    • Perasan tak hebat pun dah player t-team cakap takda tanda kena tumbuk berdarah pun..habis hantu mana yg tumbuk??pendekar alam ghaib ke??atau saja reka cerita jadi lagi gempak dengan berdarahla, dengan parang terbang 13mei la??Buduhnyer..

  8. Pingback: Petugas media diugut rakam insiden tumbuk JDT, T-Team | Sokernet

  9. penjelasan pihak t-team lak maner???

  10. Salam.
    Nak ingatkan kepada tukang buat penjelasan PBNJ ini.
    1. Allah nampak apa yang anda buat dan apa yang berlaku.
    2. Saksi bohong atau sumpah bohong akan dilaknat oleh Allah.
    3. Rezeki anda ditentukan oleh Allah bukannya junjungan anda sekarang.
    Semoga kita semua diberkati.

  11. Pingback: Petugas media diugut rakam insiden tumbuk JDT, T-Team | RentongClub.Net

  12. Semua pergaduhan adalah JDT. Ada saja alasan dia untuk bergaduh. Dan JDT tak ada satu alasan pun untuk menjadi contoh baik. Malu kanak kanak yang datang dan melihat sukan bola. Sukan bolasepak di JDT adalah satu jenayah.

  13. diharap gambar hidung berdarah dapat disiarkan…

  14. polis pon xberani maaa…….something…smpi bila dpt tutp bangkai gajah

  15. nak berani mcm mane mak oill… TMJ main tomoi..polis ada berani tankap ke……

  16. mana korang tau yang jdt wat salah

  17. wat salah x nak ngaku.. dari legenda singapura kena langgar todak sampai sekarang mentaliti korang x berubah.

    • Player t-team dah mengaku kat polis takda kesan kena tumbuk pun, yang usung cerita kena tumbuk kena silat sendeng la kena tomoi la kena kalaripayat la kena pedang katana la tu buat ape la? Kalau perang mulut ceritala perbalahan mulut. Ni irfan ghani cakap mende pulak? Dia makan gaji dgn t-team plk tu takkan dia nak tutup periuk nasi dia sewenang2 pulak? skg dia dah mengaku takda kesan mcmana? nak cakap aku pulak tumbuk mat saleh tu?giler la ko ni.

  18. Senang je cerita, mana gambar dia berdarah tu?mesti waktu pakai jersi dalam keadaan,situasi berkaitan tu jgk…Bkn ke byk nk jadi kameramen?Aku pun leh cakap aku kena parang dengan kalimutu malam jumaat kat terowong karak,ada tujuh calar kat badan…soalnya mane bukti tu?bukti video yg ada pun mcm tak kuat sebab pendek…bukti lain player t-team dah ngaku kat polis takda kesan hidung darah la bagai…apala..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>