JOHOR FC pantas melupakan penyingkiran dari saingan Piala FA apabila mencatat kemenangan 1-0 ke atas KL Plus dalam saingan Liga Super malam tadi.
Kemenangan berkenaan membolehkan Johor FC naik ke tangga keempat Liga Super hasil tiga mata penuh yang diraih dalam aksi yang berlangsung di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Johor FC kini mengumpul 13 mata, tiga mata di belakang pendahulu liga, Selangor yang mengutip 16 mata.
Pasukan itu bagaimanapun terpaksa beraksi dengan 10 pemain hampir keseluruhan separuh masa kedua setelah Mohd Khairul Ismail dilayangkan kad merah akibat melakukan kekasaran pada minit ke-49.
Nurul Azuan muncul wira tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-67 menerusi gerakan solo dengan melepasi dua pemain pertahanan pihak lawan untuk menjaringkan gol jarak dekat.
Leave a Reply: