Sunday, 14/04/2013


Wan Jamak risau prestasi anak buah

Published on April 22, 2010 by   ·   No Comments

KESERONOKAN menjuarai Piala FA musim ini dilihat punca menjejaskan tumpuan Negeri Sembilan dalam saingan bola sepak Liga Super.

Hakikat ini diakui oleh jurulatih pasukan rusa itu, Wan Jamak Wan Hassan yang tidak menolak kemungkinan anak-anak buahnya masih dibuai keseronokan kemenangan mereka, baru-baru ini.

Beliau mengulas kekalahan Negeri Sembilan 1-2 kepada Perak yang berada di tangga ke-11 liga di Ipoh, kelmarin.

Kekalahan itu agak mengejutkan kerana ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut setelah muncul juara Piala FA menumpaskan Kedah 7-6 melalui sepakan penalti pada 10 April lalu.

Sebelum bertandang ke Ipoh, skuad bimbingan Wan Jamak tumpas 1-3 kepada Kelantan di gelanggang sendiri.

”Saya berharap semua pemain akan kembali memberi tumpuan kepada persaingan Liga Super agar kedudukan Negeri Sembilan tidak terus merosot,” jelas Wan Jamak ketika ditemui di sini, kelmarin.

Negeri Sembilan berada di tangga kelapan liga setelah mengumpul 14 mata.

Tags: , ,

Readers Comments (0)




Latest News