Archive for January, 2010

Rekod tanpa kalah Johor FC lebur di tangan KL

KUALA Lumpur mencatat kemenangan pertama saingan Liga Super selain meleburkan rekod tanpa kalah Johor FC di Stadium JCorp Pasir Gudang, malam ini. Kuala Lumpur menang tipis 1-0 hasil jaringan tunggal pada babak pertama perlawanan... berita [...]

Negeri Sembilan bangkit catat kemenangan sulung

JUARA Piala Malaysia, Negeri Sembilan mencatat kemenangan pertama saingan Liga Super musim ini selepas menundukkan KL PLus 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam ini. Selepas ketinggalan 0-1 kepada pasukan pelawat pada minit ke-72, Negeri Sembilan bangkit menjaringkan dua gol dalam tempoh enam minit terakhir perlawanan, sekali gus [...]

Kedah lebur rekod bersih Kelantan

REKOD gah Kelantan di gelanggang sendiri akhirnya lebur ketika saingan Liga Super musim ini baru berlangsung empat perlawanan. Selain gagal mempertahankan rekod tanpa kalahnya, buat pertama kali juga gawang Kelantan dibolosi dalam saingan Liga Super apabila tewas 0-1 kepada pasukan Utara, Kedah di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, Kota Bharu malam [...]

Selangor makin gah di puncak liga

PENDAHULU Liga Super, Selangor kian sukar digugat di kedudukan teratas Liga Super apabila mencatat kemenangan keempat berturut-turut, malam ini menewaskan Pahang 4-0 di Stadium Shah Alam. Pasukan Red Giants itu semakin melebarkan jurang kepada empat mata apabila pesaing terdekatnya, Terengganu sekadar seri 1-1 dengan pasukan kelab senegeri, [...]

PKNS cicir mata di Kuching, turun tangga kedua

PENERAJU Liga Perdana, PKNS Selangor mencicirkan mata buat kali pertama dalam saingan liga musim ini selepas diikat Sarawak 1-1 di Stadium Negeri. PKNS yang menang dalam kedua-dua perlawanan sebelum ini dilihat seakan-akan mampu mengekalkan kedudukan di tangga teratas liga apabila Mohamad Zamri Hassan membuka jaringan pada minit ke-34. Namun [...]

Felda United terajui Liga Perdana, ATM belasah MP Muar

FELDA United naik ke tangga teratas carta Liga Perdana selepas menewaskan USM FC 4-1 dalam aksi malam ini, manakala Selangor PKNS jatuh ke tangga kedua menerusi perbezaan gol selepas diikat 1-1 oleh tuan rumah, Sarawak di Kuching. Di Stadium Olahraga USM, Fatrurazi Rozi menjadi wira Felda United apabila menjaringkan hatrik untuk mengukuhkan [...]

PDRM seri kali ketiga berturut-turut

PDRM mencatat keputusan seri kali ketiga berturut-turut dalam saingan Liga Perdana apabila mengikat tuan rumah, Melaka 2-2 di Stadium Hang Tuah petang tadi. Beraksi di gelanggang sendiri, Melaka sebaliknya yang lebih tertekan di awal saingan apabila jentera serangan PDRM membuat beberapa percubaan ke kubu tuan rumah. Hasilnya pada minit [...]

‘Bintang’ Red Warriors malap di Kangar

KEDUDUKAN Kelantan di tangga kedua liga tergugat ekoran keputusan seri tanpa jaringan dengan Perlis dalam aksi Liga Super di Stadium Utama, Kangar malam tadi. Disusuli kemenangan besar pasukan jiran Pantai Timur, Terengganu yang membelasah Pulau Pinang 4-0 di Kuala Terengganu, skuad bimbingan B Sathianathan kini tergelincir ke tangga kelima [...]

Kenari terus menggelupur di gelanggang sendiri

RENTAK Kedah di gelanggang sendiri terus sumbang apabila tewas di tangan Johor FC 0-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, malam tadi. Ia adalah kekalahan kedua-dua berturut-turut buat bekas juara treble Liga Malaysia musim 2007 dan 2008 itu selepas tunduk dengan keputusan sama kepada jiran utara, Perlis Rabu lalu. Mohammad Khairul [...]

Terengganu belasah Pulau Pinang 4-0

TERENGGANU melonjak ke tangga kedua liga dengan merampasnya daripada Kelantan hasil kemenangan besar 4-0 ke atas Pulau Pinang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi Pesta jaringan menerusi Firdaus Fauzi pada minit ke-57, Ashaari Shamsuddin (61), Joseph Kallang Tie (81) dan Manaf Mamat (92), membolehkan anak buah [...]
Page 1 of 1012345»...Last »