KELANTAN berjaya melunasi dendam kekalahan pada aksi final Piala Malaysia tahun lalu apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.
Lebih manis buat skuad The Red Warriors apabila berjaya memintas Negeri Sembilan untuk berada di tangga keempat dengan kelebihan dua mata mengatasi Juara Piala FA 2010 itu.
Selepas 10 perlawanan, kecuali Selangor yang telah beraksi sebanyak 11 kali, pasukan Red Giants masih unggul di depan dengan 26 mata, diikuti Johor FC (22 mata) selepas pasukan kelab itu berjaya menewaskan Terengganu 2-0 malam ini.
Terengganu pula yang tewas kepada Johor FC turun ke tangga ketiga dengan 20 mata.
Dalam aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman malam ini, kapten Kelantan, Indra Putra Mahayuddin mengecewakan ribuan para penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-29.
Tuan rumah yang enggan mengaku kalah cuba bangkit, namun tiada jaringan mampu dicipta sehingga berakhir babak pertama dengan kedudukan kekal berpihak kepada skuad Kijang 1-0.
Hasrat pasukan Kijang untuk memburu mata penuh jelas terbukti apabila sekali lagi berjaya membolosi gawang tuan rumah, kali ini giliran Mohd Daudsu Jamaluddin yang menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan, Sani Anuar Kamsani menerusi rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-62.
Namun begitu tuan rumah yang tidak patah semangat berjaya merapatkan kedudukan hasil percubaan ketua pasukan, Shukor Adan pada minit ke-79.
Begitu pun kegembiraan penyokong Negeri Sembilan tidak kekal lama apabila Mohd Badhri Radzi menambah gol ketiga Kelantan hanya seminit selepas jaringan Shukor Adan.
Dalam aksi lain yang berlangsung malam ini, Johor mencatat kemenangan kedua selepas mengatasi Pahang 1-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan.
T-Team turut mencatat kemenangan tipis dengan menewaskan Pulau Pinang 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu manakala Perlis menang 2-1 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ Kelana, Jaya.
Kedah pula menundukkan tuan rumah, Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras.
Sementara Terengganu pulang hampa apabila ditundukkan Johor FC 2-0 di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN 17 APRIL
Tags: Kelantan, Liga Super, Negeri Sembilan
saya rasa gembira kelantan kalah negeri sembilan.kalau saya suka arif sebab negeri sembilan.saya suka pokyin sebab kelantan.buat macam mana kena suka pokyin sebab kelantan menang.
saya rasa sedih negeri sembilan.kalau saya suka rahsia sebab negeri sembilan saya suka aina sebab kelantan.buat macam mana kena suka aina sebab negeri sembilan kalah.
tahniah redwarrior menang dgn neg 9!hero tak gaduh!
saya rasa sedih kerana tak faham komen arif kerana saya tak faham komen aina.
bravo bravo bravo, male puah hati aaa…. male esok pakat mari penuh stadium kota baru lako sek kito