SELANGOR terus kukuh di tangga teratas Liga Super selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas T-Team di Stadium Shah Alam, malam ini.
Selangor membuka tirai jaringan menerusi Mohd Bunyamin Omar pada minit ke-36 sebelum Mohd Safee Sali menambah gol kedua sejurus sebelum tamat babak pertama.
Safee Sali menjaringkan gol ketiga Selangor dan kedua peribadinya malam ini pada minit ke-55.
Kemenangan malam ini mengukuhkan lagi kedudukan Selangor dengan mengumpul 29 mata, tiga mata mengatasi Terengganu yang berada di tangga kedua, manakala Kelantan di tangga ketiga dengan 25 mata.
Tags: Liga Super, Selangor, T-Team