City, Villa, Tottenham, Fulham teruskan kemaraan

January 3rd 2010 | Posted by Berita EPL

MANCHESTER City meneruskan rentak cemerlang bersama pengurus baru, Roberto Mancini selepas menang perlawanan pusingan ketiga Piala FA menumpaskan Middlesbrough 1-0 di Stadium Riverside, semalam.

Jaringan tunggal Benjani Mwaruwari pada minit ke-45, berjaya memberi kemenangan buat pasukan Liga Perdana England (EPL) itu, walaupun mereka menerima asakan sengit dari Boro pada babak akhir permainan.

Satu lagi pasukan yang beraksi di EPL, Aston Villa turut mencatat kemenangan apabila menyingkirkan Blackburn Rovers 3-1.

Villa memperoleh gol pertama melalui Nathan Delfouneso pada minit ke-12, bagaimanapun Blackburn mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan tetapi sepakan penalti yang diambil David Dunn pada minit ke-33, gagal disempurnakan.

Gol kedua Villa disumbangkan oleh Carlos Jimenez Cuellar pada minit ke-37, sebelum Blakcburn berjaya merapatkan kedudukan hasil jaringan Nikola Kalinic pada minit ke-55.

Bagaimanapun, penalti oleh Johan Carew pada minit akhir permainan, membunuh sisa harapan Blackburn untuk bangkit.

Turut mencatat kemenangan ialah Fulham yang mengenepikan cabaran Swidon Town selepas menang 1-0 hasil jaringan tunggal Bobby Zamora pada minit ke-16.

Bagaimanapun, hasrat mereka untuk menambah jaringan kedua terhalang selepas sepakan penalti yang diperolehi pada minit ke-63 disia-siakan oleh Andrew Johnson.

Pasukan bimbingan Harry Redknapp, Tottenham Hotspurs membuktikan kejaguhan mereka selepas membelasah Peterborough United 4-0 di White Hart Lane.

Niko Kranjcar muncul wira selepas menjaringkan dua gol pada minit ke-35 dan 57, manakala dua gol lagi disumbangkan oleh Jermaine Defoe pada minit ke-70 dan Robbie Keane minit ke-90.

Related Posts

Arsenal lonjak tangga kedua

Kemaskini: Arsenal kembali ke kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United menang 3-1 ke atas Hull City dalam perlawanan yang berakhir awal pagi. ARSENAL mempamer aksi mantap ketika menewaskan Aston Villa 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, malam tadi. Dua gol sumbangan ketua pasukan, Cesc Fabregas dan [...]

Arsenal 3 Aston Villa 0

KETUA pasukan, Cesc Fabregas menjaringkan dua gol manakala Abou Diaby melengkapkan kemenangan 3-0 Arsenal ke atas Aston Villa di Stadium Emirates lewat malam [...]

Leave a Reply:

Name (required):
Mail (will not be published) (required):
Website:
Comment (required):
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>