JUARA musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua malam tadi.
Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, pasukan pelawat, Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Johor FC dengan kemenangan 2-0.
Sebelum ini pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Johor FC mendahului Negeri Sembilan 1-0.
Pada separuh masa pertama perlawanan tampak kedua-dua pasukan lebih bertumpu kepada jentera serangan bagi menghasilkan gol pendahuluan perlawanan.
Pengadil perlawanan Nagor Amin Noor Mohamed telah mengiktiraf gol pertama pasukan negeri Sembilan apabila tandukan Mohd Shukor Adan telah melintasi garisan gol pada minit yang ke-36.
Pada babak kedua para penyokong pasukan Johor FC bagaikan terdiam apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Negeri Sembilan apabila Kunalan Subramaniam telah dijatuhkan oleh Khiri Kiman di dalam kotak penalti dan Sharurain Abu Samah menyempurnakan sepakan tersebut pada minit ke-60 perlawanan.
Sementara itu, Di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, pasukan tuan rumah yang juga naib juara Piala Malaysia pada musim lepas begitu bersemangat untuk mencari gol awal pada separuh masa pertama lagi dengan melakukan lebih lapan percubaan. Bagaimanapun, serangan itu berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Mohd Helmi Eliza Elias yang beraksi cemerlang. [LIHAT VIDEO]
Pada minit ke-2 Kelantan nyaris menyumbat gol awal melalui sepakan Norshahrul Idlan Talaha yang terkena tiang.
Pada babak separuh masa kedua, Kelantan lebih banyak mengasak dan Mohd Helmi terpaksa bekerja keras mengekang asakan pemain Red Warriors itu.
Kekebalan Mohd Helmi akhirnya tewas pada minit ke-79 melalui sepakan sudut yang diambil Norshahrul Idlan Talaha.
Sepakan bola tersebut melencong masuk dan gagal ditampan kemas Mohd Helmi yang menyaksikan lebih 20,000 penonton bersorak kegembiraan.
Perlawanan juga menyaksikan tiada insiden kekacauan yang dikhuatiri dicetuskan penonton tempatan berlaku namun beberapa insiden letupan mercun masih berlaku ketika perlawanan sedang berlangsung.
Negeri Sembilan dan Kelantan akan bertemu pada perlawanan akhir Piala Malaysia pada 30 Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Tags: Final, Final Piala Malaysia 2010, Johor FC, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Piala Malaysia 2010
[...] kata, mari kita bersama bincangkan dengan cara yang berhemah siapakah bakal juara Piala Malasyia 2010 nanti. Sebarang komen provokasi dan sebagainya akan di delete dan akan direkod [...]
saya harap pada malam final piala malaysia 2010 ini skuad kelantan akan bermain dengan cermelang untuk megalahkan negeri sembilan
skuad kelantan berpotensi tinggi sekiranya mereka dapat mementapkan lagi skill serangan mereka……
saya harap malam final kelantan vs negeri sembilan ini tidak ada pegadil yang tidak adil spt final kelantan vs negeri sembilan tahun lepas…jangan tuduh
kelantan biadap….
INSYALLAH…malam 30.10.2010 ini kelantan akan melangkar sejarah dalam piala bola sepak piala malaysia 2010.
harap tiada pergaduhan besar berlaku spt sebelumnya……krn ia blh rosakkan imej sesuatu kumpulan.
Insya Allah..kelantan menang…sebab kali ne xdop ……….baru…kelantan patut hadiahkan kemenangan pada sulta kelantan yang baru..Allahu Akbar!
I LOVE KELANTAN
perfect timing for kelantan
Insyaallah tahun ni piala malaysia milik pasukan klate…….kito pkat ramai2 g stadium bkit jalil….Gomo Klate Gomo.
tak perlu salahkan pengadil….
negeri 9 main dengan cemerlang… kelantan terlalu over confident ditambah dengan penyokong yang padu… pikir2kan lah yer
kelantan become a winner!!! goOd luck 4 all kelantan’s football squad 2010……….
kalau pengadil bersikap telus dan adil dlm perlawanan N9 JFC smlm, belum tentu N9 menang! Namu tahniah la ye N9, selamat bertemu pasukan paling komited dlm piala mesia thn ni..Kelantan..layanzz la yek
hobeng jang hobeng
gomo kelate gomo….gomo biar cawat kote
olek…olek…olek…..sumbak gol….sumbak gol……
x dapek klantan nak monang do… tgu la lwn ko team lain… korg jgn main bomoh yo, suh osman kering tu balik la…
ikut osman kering la nk balik ke x…dia beli tiket jgak….sesiapa pn layak msuk stdium…jeles la tuu….
go more kelate go more!
gogo N9!
haha.. johor fc berlagak.. dah kalah buat cara dah kalah.. team ko tak cukup bagus lagi nak ke final. kat paroi main berkampung macam budak sekolah.. kat pasir gudang nak salahkan pengadil pulak.. main kasar nak mampus..
Kelate sedap l0ni..Xsup0 dulu…Harap2 mene deh.. Balik N.9 balik..Haha.
hahha..jgn banggo kelate..nanti kalah.. kite samo2 tengok… doa yang tbek..hindari pergaduhan.. mtk2 pngyokong kelate dh tobat kali ni..dok wat kontroversi yo.. hobin jang hobin! may Allah bless them!
sori la jang xdptla nak menang tahun ni…tahun lepas blh la striker pun khalid jamlus..tahun blh ke kawal norshahrul,indra,
kelate bako buleh blako…hok baek ko jhat ko fitrah manusio…jge sdap dok kato klate peranga x molek gak..hok ngaji panda2 pon rama ank klate wei