Keputusan Final Badminton Terbuka Malaysia 2012
Keputusan Perlawanan Akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012
Lee Chong Wei (MALAYSIA) vs Kenichi Tago (Jepun)
Keputusan Penuh:
Set 1: Lee Chong Wei Menang 21-6
Set 2: Lee Chong Wei Menang 21-13
LEE Chong Wei menewaskan pemain Jepun, Kenichi Tago 21-6, 21-13 untuk muncul Juara Badminton Terbuka Malaysia 2012 petang ini.
Semalam Chong Wei menewaskan pemain perseorangan kedua China, Chen Long 21-18, 17-21, 21-13 di peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia.
Kejayaan muncul Juara Terbuka Malaysia 2012 menyaksikan Chong Wei mengabadikan namanya sebaris dengan legenda badminton negara, Wong Peng Soon sebagai pemenang lapan kejuaraan Terbuka Malaysia yang diperkenalkan sejak 1937.
Rekod Kemenangan Chong Wei di Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia:
- Juara 2004
- Juara 2005
- Juara 2006
- Juara 2008
- Juara 2009
- Juara 2010
- Juara 2011
- Juara 2012
Keputusan Final Badminton Terbuka Malaysia 2012
January 15, 2012 - 6:28 pm
Tahniah untuk Datuk Lee Chong Wei…lepas ni buru emas olimpik pulak…
January 20, 2012 - 2:33 pm
tahniah DLCW, YOU MEMANG SUPERB PERMINTAAN UTK KELUARKAN CD UTK SETIAP PERLAWANAN
July 1, 2012 - 4:30 pm
pandai kelantan main