Pertemuan menentang Liverpool tetap istimewa - Drogba

Posted by on Nov 06, 2010 | Leave a Comment

Liverpool vs Chelsea 7 November 2010 (11.55 mlm) DIDIER Drogba mengingatkan rakan-rakan sepasukannya supaya lebih berhati-hati pada pertemuan menentang Liverpool pada aksi Liga Perdana Inggeris malam esok. Penyerang Chelsea itu berkata, ini kerana skuad The Reds makin menunjukkan peningkatan selepas mempamerkan aksi yang hambar pada awal musim ini. Chelsea akan berjunjung ke Anfield dengan tahap keyakinan yang tinggi... 

Real Madrid hampir tersungkur

Posted by on Nov 05, 2010 | Leave a Comment

PEMAIN gantian, Pedro Leon, menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk menyelamatkan Real Madrid seri 2-2 dengan AC Milan di San Siro pada saingan Liga Juara Eropah. Bagaimanapun, keputusan itu sudah memadai untuk menjamin tempat gergasi Sepanyol itu di pusingan kalah mati. Gonzalo Higuain meletakkan Real di hadapan dalam separuh masa pertama tetapi dua gol menyemarakkan semangat pasukan tuan rumah. Tetapi Leon memastikan... 

Chelsea kelab England pertama ke pusingan kedua

Posted by on Nov 05, 2010 | Leave a Comment

CHELSEA sekali lagi membuktikan mereka merupakan antara kelab terunggul di Eropah. Selain mendahului Liga Perdana England, kelab Stamford Bridge itu menempatkan diri sebagai antara pencabar utama bagi merebut trofi Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Jika kejayaannya dalam liga domestik semasa bangkit menang 2-1 ke atas Blackburn Rovers selepas ketinggalan satu gol disifatkan sebagai tuah, anak buah Carlo Ancelotti membuktikan... 

Copenhagen ikat Barcelona 1-1

Posted by on Nov 04, 2010 | Leave a Comment

JURULATIH Barcelona, Pep Guardiola yang terkenal bersikap lemah lembut gagal membendung kemarahan selepas pasukannya terikat 1-1 dengan FC Copenhagen dalam Kumpulan D, Liga Juara Eropah awal pagi Rabu. Jurulatih berusia 39 tahun itu bertegang leher dengan rakan sejawatnya, Stale Solbakken di tepi padang selepas wisel penamat dibunyikan dan dia kemudiannya menghentam jurulatih yang berasal dari Norway itu pada sidang... 

Tottenham cipta kejutan tewaskan Inter Milan 3-1

Posted by on Nov 04, 2010 | Leave a Comment

TOTTENHAM Hotspur menewaskan penyandang juara, Inter Milan 3-1 untuk mencatat salah satu rekod terbaik dalam sejarah kelab itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu. Barcelona pula terpaksa menunggu untuk perlawanan seterusnya bagi memastikan tempat ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas seri 1-1 menentang FC Copenhagen. Rafael van der Vaart membuka jaringan buat Tottenham pada minit ke-18... 

Manchester United sebelah kaki ke pusingan kedua

Posted by on Nov 04, 2010 | Leave a Comment

MANCHESTER United kini mempunyai peluang cerah untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Bursaspor 3-0, awal pagi Rabu. Gol yang diperoleh ketika babak kedua perlawanan melalui jaringan Darren Fletcher, Gabriel Obertan dan Bebe membuatkan pengurus United, Alex Ferguson merasa lega kerana pasukannya kini mendahului Kumpulan C dengan 10 mata berbanding Valencia yang memperoleh 7 mata. Fletcher... 

Mourinho kembali ke Milan

Posted by on Nov 04, 2010 | Leave a Comment

Pertembungan AC Milan-Real Madrid dijangka sengit KEPULANGAN Jose Mourinho ke San Siro bakal menjadi tumpuan utama Liga Juara-Juara Eropah awal pagi nanti, di mana kemenangan ke atas AC Milan akan membawa skuad bimbingannya, Real Madrid meraih tiket ke peringkat 16 terbaik. Turut menjadi tumpuan adalah perlawanan melibatkan dua gergasi England, Arsenal dan Chelsea, selain gergasi Jerman dan naib juara musim lalu, Bayern... 

Spartak perlu elak rasa gentar berdepan chelsea

Posted by on Nov 04, 2010 | Leave a Comment

SPARTAK Moscow harus mengelak perasaan gentar jika mahu menghalang Chelsea daripada menempah tiket awal ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara Eropah, ujar jurulatihnya, Valery Karpin. Kemenangan 2-0 yang dirakam kelab London itu ketika bertandang di Moscow sebelum ini memastikan mereka bakal dijamin dua kedudukan teratas Kumpulan F jika menang. “Kami beraksi lebih baik selepas rehat berbanding babak pertama dalam... 

Cech harap Chelsea layak lebih awal

Posted by on Nov 04, 2010 | Leave a Comment

Penjaga gol Chelsea, Petr Cech mahu pasukannya layak ke saingan kalah mati Liga Juara-Juara apabila berdepan wakil Rusia, Spartak Moscow di Stamford Bridge, awal pagi nanti. Jika Blues berjaya merakamkan kemenangan kedua selepas menang 2-0 pada pertemuan sulung di Moscow, bermakna mereka mengekalkan rekod bersih 100 peratus dalam saingan Kumpulan F untuk ke pusingan kedua. Kemenangan itu juga akan menjadi bekalan semangat... 

Arsenal beraksi tanpa Fabregas

Posted by on Nov 04, 2010 | Leave a Comment

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan, pasukan itu bakal terlepas khidmat kapten, Cesc Fabregas apabila berkunjung ke Ukraine untuk perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Shakhtar Donetsk awal pagi nanti. Bintang tengah Sepanyol itu mengalami kecederaan pelipat lutut ketika membantu skuad Gunners mengalahkan West Ham 1-0 dalam saingan domestik hujung minggu lalu. Kesakitan terus membelenggu pemain itu meskipun... 
Page 22 of 32« First...10...2021222324...30...Last »