Kim Swee terkedu hilang tiga mata
Tiga mata yang digenggam sepanjang 80 minit pertama lenyap dalam lima minit
SUKAR buat jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menelan kekalahan 3-2 di tangan Bahrain dalam saingan kelayakan Kumpulan C 2012 malam tadi apabila tiga mata yang digenggam sepanjang 80 minit pertama lenyap dalam tempoh lima minit.
“Saya tidak tahu nak cakap apa, dalam lima minit segalanya berubah,” kata Kim Swee dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. “Dua gol yang kita peroleh sia-sia selepas kehilangan Affize (Faisal) dan Nazmi (Faiz Mansor).
“Saya tidak punya banyak pilihan pada baki 20 minit terakhir selepas Affize cedera dan Nazmi kekejangan otot. Saya terpaksa meletakkan Shukor (Jusoh) dan penyerang, Ferris (Danial) di bahagian tengah dan ternyata kita gagal mengekang asakan Bahrain walaupun mereka bermain dengan 10 orang.
“Malah Irfan (Fazail) terpaksa menghabiskan permainan dengan buku lali yang tercedera dan ini menunjukkan betapa terdesaknya saya dalam minit-minit terakhir permainan. Walaupun sukar untuk layak, saya harap baki permainan ini digunakan pemain untuk belajar.”
“Saya mahu pemain saya rehat secukupnya selepas perlawanan ini.
“Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya mahu mereka melupakan bola sepak seketika.”
Sementara itu, jurulatih Bahrain, Salman Shareeda menganggap perlawanan malam tadi cukup menarik dengan lima gol dijaringkan dan dia menganggap, Malaysia dan Bahrain adalah pemenang selepas masing-masing beraksi cemerlang.
“Cuma di dalam bola sepak kita perlu bermain hingga 90 minit dan walaupun kami ketinggalan dua gol, semangat juang anak buah saya untuk memburu tiga mata selepas tewas di tangan Syria dan Jepun, membawa hasil lumayan,” kata Salman.
Selepas mendahului 2-0 menerusi Nazmi (m-30) dan Mahali Jasuli (m-67), Malaysia dikejutkan tiga gol pelawat dalam tempoh lima minit hasil jaringan Saad Saiah Al-Amer (m-81) dan Isa Ahmed Muthanha (m-85, 86).
November 28, 2011 - 1:26 pm
suruh ong kim swee train kita punya team main macam arsenal laa.. main short pass one-two. improvised passing (nak hebat lagi, try main passing macam barcelona) barulah tak penat. ini main long ball. counter attack. striker yang sambut pun tak mantap. player kita dah la tak tinggi.
arsenal player pun budak belasan tahun main. kadang-kadang gua pun heran. ong kim swee tara nampak ka ?
November 28, 2011 - 9:29 pm
diffrent person are diffrent way and diffrent thinking.. rite? mesti ade sbb takan sume team nak main mcm arsenal mcm barscelona kn.. so yg penting tekninal pemain..
November 28, 2011 - 2:08 pm
ni yang aq marah ni!!!!!
November 28, 2011 - 2:13 pm
malaysia boleh!!!
harimau muda boleh!!!
coach bahrain mengaku pemain malaysia membuat yang terbaik,tetapi hanya leka dalam masa 8minit
November 28, 2011 - 3:44 pm
Bye2 Msia.
November 28, 2011 - 4:20 pm
thamil arasu x ada fungsi langsung….xpernah membuat percubaan yg berbahaya kepada pintu gol lawan!!!
November 28, 2011 - 6:10 pm
nak wat gano lagi doh kalah.tambahan pulak team dah ramai yg injury.main agu manopun sbb taraf team kita ni kat asia tenggara aje.tu pun dah nyaris nak kena bahqm ka garuda
November 28, 2011 - 6:47 pm
walau apepon.malaysia ttap buat yg terbaik mlm tdi..go malaysia…MALAYSIA BOLEH.
November 28, 2011 - 7:19 pm
Short Pass dah cun dah, cuma kene kekalkan konsentrasi
kalau cakap taraf bola kita lom naik silap la, dulu lawan Bahrain, Iran, Arab Saudi ,Japan, Korea main sebelah padang je sekarang dah lepas tgh padang cuma striker je takde deria pemusnah …and lom cukup pengalaman perlawanan kelas tinggi…harap Malaysia akan maju dah tidak jatuh lagi
November 28, 2011 - 8:11 pm
dah dekat dah nak dapat 3 point … bila hilang fokus satu point pun tak dapat!
Tuah mengiringi Bahrain … jadi apa nak kata lagi.
Apa-apapun syabas buat pemain Malaysia, anda dah cuba yang terbaik!
November 28, 2011 - 8:15 pm
memalukan… dah la pendik lari x laju… pasing bola pong xcun… alasan rehat x cukup…
November 28, 2011 - 8:59 pm
Ong Kim Swee mmg kene terapkan permainan short pass.. kerana itulah kekuatan kita..lihat saja gol yg kita dapat semuanya dari short pass.. kelemahan striker pun dpt kita atasi.. Pada aku Malaysia kalah sbb.. perancang da xde.. lps Nazmi dan Afizzee klua.. player malaysia da main mcm xde posisi.. siap bgaduh sesama sendiri lg Amir saidin dgn Thamil Arasu mase gol free kick bahrain.. masing2 nk jadi Wira untuk diri sendiri..
November 28, 2011 - 10:23 pm
2 gol dlm masa 2 minit… defend agak leka.. tgh pun mcm dah letih.. nazmi player yg bagus.. kena cari lg player mcm nazmi.. rajin dan kretif… kena kerja kuat lg.. lepas ni nak main kat tmpt lawan.. apa pun kuat kan semangat harimau muda..
SELAMANYA HARIMAU MALAYA…
November 29, 2011 - 12:28 am
Ong Kim Swee harus mengakui kesilapannya membuat percaturan. kalau dah tau dia tidak punya pemain midfiled utk digantikan, kenapa masih nak main taktikal yg serupa? dan lagi OKS tak nampak ke irfan fazail tu dah terhencot hencot tercedera? kalau nampak, kenapa masih nak main offensive? faris danial yg katik itu letak kat midfield, common la, are you out of your mind? kalau OKS sedar irfan fazail tu dah injured takkan lah dia paksa lagi team main offensive. ni mesti dia tak perasan punya sebelum tu, infact sebelum dia buat pertukaran ketiga tu irfan dah injured terlebih dahulu. OKS TAK PERASAN IRFAN FAZAIL DAH INJURED. lewat game bila nak habis dah baru die perasan. keeper dgn back 4 tak leh disalahkan dalam hal ni. this is solely because of WRONG STRATEGY.
November 29, 2011 - 4:28 pm
passing cm taik..striker xde fungsi..lan**u..buat sakit hati..aku mati matian support..last minit boleh main cm gam**ng…cepat sgt leka….bkn slh seorang..semua la salah..ni bukan one man sport..team sport…!!!!
p/s:lg kali ckp baek2 ngan media..kan ketulahan dh..
December 1, 2011 - 2:46 am
Tamil ARASU patut disingkirkan… FAM perlu cari penyerang baru dari sekolah sukan atau dari kelab estet dan kampung… banyak yang hebat-hebat … bergeraklah sikit …. jangan duduk di kerusi empuk aje