Enam minit membawa padah
Keputusan Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia 2 Bahrain 3
TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.
Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.
Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.
Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.
Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.
Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.
Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.
Jaringan itu ternyata menambah tonik Harimau Muda apabila berterusan menggandakan asakan, namun tandukan Mohamed Amer Saidin sedikit melewati palang gol hasil sepakan penjuru Mahali Jasuli pada minit ke-37.
Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.
Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.
Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.
Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.
Video Malaysia 2-3 Bahrain | Tiga Gol Bahrain Dalam Tempoh 6 Minit
Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.
Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.
Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam. — Kosmo
November 28, 2011 - 10:29 am
Kita selalu tewas apabila masuk babak ke-2 perlawanan. Saranan kepada ong kim swee agar pandai membaca perlawanan kerana belakangan ini pemain mati akal kerana jurulatih tak pandai mengubah strategi. Kalau ubah pun tak mengena. Pemilihan pemain penyerang yang tak pernah menunjukkan prestasi tinggi diutamakan adalah pemilihan yang silap. Tukar saja jurulatih yang menjadi juruLETIH Pasukan Harimau Muda kita…
November 28, 2011 - 11:14 am
Kepada jurulatih skuad kebangsaan kita. Kena perhatikan seluruh pemain kita di atas padang setiap masa. Malam tadi, Thamil dah tak menjadi, Irfan macam kesakitan dan keletihan, buat apa FIFA buat undang2 boleh tukar 3 org pemain dalam satu perlawanan. Kalau tak silap saya yang daif ini, kita masih ada 1 pertukaran yang tak digunakan malam tadi. Tak tahu lah apa yang tak kena dengan team negara kita, lawan dengan 10 pemain pun tak dapat kita kekang. Mungkin kita main malam tadi dengan 8 org kot.
November 28, 2011 - 7:29 pm
Short Pass dah menjadi cuma kene tingkatkan lagi kreativiti bila menyerang , kene ade Backup Stiker Lain yang berkaliber exisiting defend muslim, mahali, Fadhli Sas and Zubir good Job , Tapi yang lain harap akan dapat bagi saingan dekat dierang supaya mereka tak besar kepala.. Striker tak cukup hold bola just cukup syarat main 11 orang…
November 28, 2011 - 9:44 pm
Syria ngan Bahrain sujud syukur atas padang lepas score..
November 28, 2011 - 10:29 pm
JUJUR SAYA KATA KAN 2ND HALF PLAYER MALAYSIA AGAK LEKA.. BYK BAGI PEMAIN LAWAN BUAT PERCUBAAN.. 10 LAWAN 11 PUN MASIH TAK LAGI.. DIMANA SILAP.? NAZMI PEMAIN YG BAGUS.. KNP TAK CARI PLAYER MCM DIA LG…ONG KIM SWEE PERLU CARI STRATEGI YG LEBIH MANTAP UNTUK GAME YG AKAN DTG.. TP APA PUN WELL DONE UNTUK PLAYER MALAYSIA.. PADA SEMUA RAKYAT SAMA2 LA KITA STADIUM BG SOKONGAN PADA PASUKAN KITA DAN SAMA2 LA BERDOA…
November 29, 2011 - 12:47 am
Ong Kim Swee membuat percaturan yg silap malam tadi. OKS telah menggunakan semua 3 pemain gantian namun dia gagal mengenalpasti kecederaan irfan fazail lebih awal, kalau dia perasan mesti dia dah tukar irfan tu lebih awal. sebelum pertukaran ke-3 dilakukan, irfan dah cedera dan terhencot hencot atas padang. sebab tu aku terkejut besar bila pemain lain yg diganti keluar. dalam pada ketidaksedaran OKS terhadap kecederaan irfan fazail, OKS terus mengekalkan strategi offensive/ menyerang. LUBANG BESAR di bahagian tengah pantas dihidu oleh Bahrain, malahan lebih pantas dihidu Bahrain berbanding OKS. ini terbukti menerusi gol pertama Bahrain di mana irfan hanya melihat dan membiarkan pemain penyerang Bahrain menebusi pertahanan malaysia. posisi irfan begitu hampir dgn pemain Bahrain tersebut dan dia hanya melihat, sangat kasihan. kalau saja OKS sedar akan kecederaan irfan ini lebih awal, nescaya dia akan mengamalkan corak permainan defensive, possesion football dan time-wasting.