Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain di TV1, Astro 813

Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain
Kelayakan Olimpik 2012
Stadium Nasional Bukit Jalil
8.45 malam, LIVE TV1 dan Astro 813
27 November 2011

Pertarungan hidup mati Malaysia

PERTEMUAN menentang Bahrain malam ini ibarat misi ‘hidup mati’ buat skuad Harimau Muda, tegas jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee. Kita perlu menang jika masih memasang impian untuk beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan atau peluang semakin tipis jika tewas buat kali ketiga berurut-turut.

Bagi memastikan tiga mata diraih di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Harimau Muda akan turun dengan menyerang habis-habisan, janji Kim Swee yang turut lega melihat kebanyakan pemain semakin cergas selepas tampak keletihan ketika tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.

Ketika ini, Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 selepas tewas dalam dua perlawanan pertama kepada Jepun dan Syria, ironiknya Bahrain juga gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi pertama mereka kerana kalah kepada lawan yang sama.

Hanya tiga mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan, justeru Kim Swee mahu anak-anak buahnya menghadapi perlawanan ini seperti pertarungan akhir.

“Selepas latihan semalam (kelmarin) saya nampak pemain lebih cergas, namun ada beberapa tonggak yang masih belum pulih sepenuhnya seperti Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim.

“Di bahagian serangan, (A) Thamil Arasu menjadi pilihan utama saya ketika ini, manakala Muhamad Nazmi Faiz Mansor akan membantu jentera serangan dengan bertindak sebagai pengemudi bahagian tengah,” kata Kim Swee selepas mesyuarat pengurus pasukan di Wisma FAM, di sini semalam.

Kim Swee juga menegaskan, biarpun akan menyerang habis-habisan, namun Malaysia tetap berwaspada dengan asakan Bahrain, yang disifatkan memiliki corak permainan sama seperti Syria.

“Kita tahu mereka mempunyai hantaran bola jauh yang baik serta laju ketika di atas padang, namun saya percaya kita mampu mengawal permainan kerana kita juga mempunyai kelebihan daripada aspek teknik.

“Saya amat serius pada perlawanan esok (hari ini) dan jika Irfan dapat bermain, saya yakin bahagian tengah akan lebih berfungsi terutama apabila digandingkan dengan Nazmi,” jelasnya lagi.

Jika Malaysia tumpas 2-0 kepada Jepun dan Syria dalam aksi terdahulu, Bahrain pula kalah 2-0 dan 3-1 kepada kedua-dua pasukan itu. — Utusan Malaysia

Saksikan Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain di TV1 dan Astro 813 malam ini.

Related Posts

2 Responses to Siaran Langsung Malaysia vs Bahrain di TV1, Astro 813

  1. Tak kiralah mereka kutuk awak hanya jaguh ASEAN… Masih ketinggalan la….Apa yg telah ditunjukkan telah kita nampak dan hargai… Semangat dan kesungguhan memang meyakinkan kami…Walaupun kadang2 tak menang… tak apa…kami akan terus menyokong Harimau Muda ini sebab kamu telah memberikan persembahan yang terbaik… Tahniah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>