Tengku Abdullah dan TS Annuar Musa
TIMBALAN Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa simpati baginda kepada Tan Sri Annuar Musa yang dikenakan hukuman penggantungan dua tahun enam bulan daripada melibatkan sebarang aktiviti bola sepak di peringkat nasional dan negeri.
Rabu lalu, Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan oleh Datuk Taufik Abdul Razak memutuskan bahawa Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM bersalah membuat kenyataan kepada pihak media dengan mengkritik skuad kebangsaan pada 12 Februari lalu.
Menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan kepada pihak media semalam, Tengku Abdullah menyatakan kekesalan baginda dengan apa yang telah berlaku.
“Saya bersimpati dengan Tan Sri Annuar dan saya pasti bahawa kenyataannya dibuat mengikut perasaan terhadap situasi tersebut, satu keadaan yang kami semua pernah alami.
“Minat yang amat mendalam dalam bidang bola sepak boleh menyebabkan seseorang bertindak sedemikian. Mungkin ini adalah masa bagi kami untuk menyemak semula apa yang mungkin tidak lagi penting bagi masa depan pembangunan bola sepak.
“Begitupun, saya pasti Jawatankuasa Tatatertib telah menjalankan penyiasatan yang lengkap terhadap tuduhan-tuduhan yang dikenakan (ke atas Annuar) dan mengenakan tindakan disiplin yang sesuai dengan cara yang telus dan mengikut undang-undang FAM.
“Saya sesungguhnya mempercayai bahawa proses undang-undang yang sewajarnya telah dipatuhi,” jelasnya.
Tengku Abdullah menambah, kenyataan yang dibuat baginda pada 4 Februari lalu tidak sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan.
“Memandangkan saya berada di luar negara semasa peristiwa ini (kes penggantungan Annuar) berlaku, saya tidak mempunyai pengetahuan terperinci mengenai kejadian tersebut atau mengenai pendengaran yang diadakan pada 4 April 2012.
“Kenyataan yang dibuat oleh saya pada 4 Februari 2012 tidak sepatutnya diinterpretasikan sebagai satu arahan tetapi hanya semata-mata sebagai satu nasihat kepada semua pegawai-pegawai di FAM .
“Maka kita mesti mempunyai sikap memandang jauh dan menumpukan perhatian ke atas apa yang sebenarnya penting kemajuan bola sepak Malaysia.
“Perhatian semestinya ditumpukan ke atas bola sepak semata-mata dan bukan perkara remeh-temeh,” ujar Tengku Abdullah.
Tengku Abdullah turut menyatakan kesediaan baginda untuk menjadi pengantara bagi menamatkan isu hukuman yang dikenakan ke atas Annuar.
“Kita mesti akui dan menghargai sumbangan-sumbangan dan usaha-usaha yang diberikan oleh Tan Sri Annuar untuk membangunkan sukan bola sepak di Malaysia khususnya bola sepak di Kelantan.
“Kita juga perlu mengkaji adakah keputusan ini akan merosakkan kerja-kerja baik yang dilakukan oleh Tan Sri Annuar demi membangunkan bola sepak di Kelantan dan adakah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan mengalami kesan buruk daripadanya.
“Adalah menjadi harapan saya bahawa kita boleh memberi tumpuan kepada faktor-faktor mitigasi yang wujud dan menyelesaikan perkara ini secara damai demi kebaikan bola sepak Malaysia,” kata baginda. — Kosmo
Related posts
- Shebby Singh dilantik pengarah bola sepak Blackburn
- FAM kaji rombak struktur Liga Super
- Agihan tiket: PBNJ dakwa FAM berat sebelah
- Taufik sahkan komen Shahidan langgar Artikel 88 FAM
- Sultan Ahmad Shah sokong hukuman ke atas Annuar, tak setuju hasrat Tengku Abdullah
- Perubahan Portal Sokernet
- Tamatkan kontrak pemain import tidak berkualiti
- Piala AFF 2012: Malaysia diundi bersama Indonesia, Singapura
- Tanggungjawab Rajagobal mantapkan kemahiran pemain - Tengku Abdullah
- Laman Web FAM berubah wajah
Main topics: Bola Sepak Malaysia
Sub topics: Annuar Musa Digantung, Annuar Musa vs FAM, Bola Sepak Malaysia, FAM, FAM vs Annuar Musa, Jawatankuasa Disiplin FAM, Jawatankuasa Tatatertib FAM, Tan Sri Annuar Musa
Salam, Aik…macam tu pulak? Maksudnya Presiden dan Timbalan Presiden tak sebulu la atau tak sehala (Walaupun anak beranak)…Yang jadi mangsa adalah Tan Sri Annuar Musa, yang kena kutuk adalah FAM, yang jadi badut adalah Jawatan kuasa disiplin…dan yang jadi sarkas adalah bola sepak Malaysia…Apa nak jadi dengan Bola Sepak kita ni!!!!
FAM yang lebih perlukan simpati..
FAM lebih perlukan simpati
bapak borek,anak rintik…
bapak kaki songlap, anak kaki klentong..
jahanam la bola sepak malaysia..
Simpati kepala bapak kau.. Kau ngan bapak kau sama je.. Gila kuasa.. Kau anak beranak ngan kuncu2 kau suka tgk TSAM kena gantung kan? Kau ngaku je lah, xpayah nak simpati2.
Inilah FAM versi Pahang anak beranak. Kau 2 ekor balik pahang, majukan bola sepak negeri korang dulu, mcm TSAM wat kt kelantan, baru korang layak nk ckp nk majukan FAM. Buktikan peringkat negeri dulu, baru naik level national.
Tak boleh tgk kelantan maju sket, mesti ada dajal2 yg wat keje malaun.
Korang balik pahang, majukan bola sepak negeri korang dulu, paham? Xpun kau hapuskan kasino genting kebanggaan negeri kau yg dok pungut hasil cukai haram tu.
gua sokong 100% …..buang saja kerabat istana dari arena bolasepak kita
Sembang sje xde untung ape. Buktikan
apa yg tengku kata tu betul. adakah kesalahan anuar terlalu besar & wajib dihukum? bukankh atas budi bicara FAM, amaran shj yg diberi pd anuar? sayang, satu tokoh sukan telah di’matikan’ oleh persatuan kita sebdiri dek perasaan ego dan dengki sstgh pihak!
kaki putar belit la tu dh tgk bapak botak kena hentam.pirah selagi geng pahangpegang FAM mcmtulah.seprti lesunya pahanG CMTULA JADINYA FAM.PHG LIGA KEDUA, FAM PUN DAH JD KELAS KE2.F……….
tu la silap tsam nk kritik tengk spa plak pemerintah fam
toya burberry: org kl nak kritik x kira sape, sultan ke raja kalu yg betul tetap betul dan yg salah tetap salah.. itulah pendirian TSAM dan itulah ciri-ciri sebenar seorang pemimpin.
komen dalam ni bukan dorang baca beb… nk ckp t’buka pom kompem kene buang negare..haha..nty FAM saman pape kalu nk ckp..ni la org kalu da b’kuase n ad sifat hasrat dengki t’hdp tsam…aku da lame perasan.. FAM mmg t’baik la kau kn..kjap g ko tgok r..bola sepak kompen xidop tanpa tsam…
ahhh .. sudah la .. tukar je tampuk pimpinan FAm .. baru best ..