England menang tipis 1-0 ke atas Sweden

  • England akhiri kemarau kemenangan 43 tahun terhadap Sweden

ENGLAND akhirnya mengakhiri kemarau kemenangan selama 43 tahun ke atas Sweden apabila gol sendiri pemain pertahanan, Daniel Majstorovic memberi kemenangan 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Wembley, awal pagi tadi.

Majstorovic gagal mengeluarkan kemas bola hasil tandukan Gareth Barry pada minit ke-22 sebelum melantun ke gawang gol sendiri.

Perlawanan itu disaksikan di hadapan 48,876 penonton - jumlah kehadiran paling rendah direkodkan sejak pembinaan semula Wembley pada 2007.

Pada perlawanan itu menyaksikan pengurus England, Fabio Capello melakukan lapan pertukaran pemain daripada skuad yang berjaya menewaskan juara dunia, Sepanyol pada perlawanan persahabatan, Sabtu lalu.

Bagaimanapun Capello amat puas hati dengan kemenangan itu yang menyaksikan England mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang 2011.

Ia turut menyaksikan aksi sulung pemain muda, Jack Rodwell, Kyle Walker dan Phil Jones dalam skuad kebangsaan England.

“ia amat penting untuk menewaskan Sweden selepas 43 tahun,” kata Capello.

“Namun bagi saya ia amat penting untuk menyasikan (Phil) Jones, (Kyle) Walker, dan (Jack) Rodwell bermain menenyang pasukan yang amat tersusun (Sweden).

Sementara itu, pengurus Sweden, Erik Hamren mengakui anak buahnya sedikit kaku untuk berdepan dengan barisan pertahanan England.

“Mereka (England) mempunyai barisan pemain dan skuad terkuat. Mereka bekerjasama amat baik dalam padang dan sukar bagi anak buah saya untuk mencipta peluang,” katanya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>