Agihan tiket: PBNJ dakwa FAM berat sebelah

Pahang vs JDT Johor Darul Takzim Piala FA 2013

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi 60,000 tiket kepada Pahang daripada 80,000 tiket yang diperuntukkan untuk perlawanan separuh akhir Kedua Piala FA menentang Johor Darul Takzim (JDT) melahirkan rasa kurang senang Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) apabila mereka mendakwa badan induk bola sepak itu bersikap berat sebelah.

Kenyataan dikeluarkan PBNJ hari ini menyebut FAM sepatutnya menjadi organisasi pentadbir bola sepak Malaysia yang telus dan adil, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila badan induk bola sepak itu seolah-olah menyebelahi Pahang.

Katanya, tujuan bermain di gelanggang berkecuali adalah supaya berlaku adil kepada kedua-dua pasukan, namun FAM jelas menunjukkan bahawa mereka berat sebelah berkenaan agihan tiket dan bersikap menyebelahi Pahang.

“Tindakan FAM yang memberikan mereka keistimewaan bermain dan bertindak selaku tuan rumah di Stadium Nasional Bukit Jalil termasuk agihan tiket tidak seimbang seolah-olah Pahang tidak bersalah di atas insiden yang berlaku di Stadium Darul Makmur.

“Harus diingat bahawa Pahang dihukum kerana gagal mengambil langah-langkah keselamatan yang cukup dalam perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 28hb Mei yang lalu, tetapi…ini bukanlah satu denda, tetapi hadiah buat PBNP,” jelasnya.

Tambahnya: “Agihan tiket juga tidak seimbang, dengan 60,000 tiket diperuntukkan bagi Pahang dan lebihan 20,000 tiket lagi untuk jualan umum, dan tidak dkhususkan untuk penyokong Johor.

“Sebaliknya PBNJ perlu membuat rayuan bertulis kepada FAM untuk mendapatkan peruntukan tiket dan itu pun atas budi bicara FAM.

“Secara realitinya, penyokong Johor yang dihukum kerana perlu membayar lebih untuk mendapatkan tiket, belanja tambahan untuk perjalanan serta trauma fizikal dan mental setelah insiden Selasa lalu, selain kerosakan harta benda,” katanya.

Hari ini, satu mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan di Wisma FAM membuat keputusan bahawa sejumlah 60,000 tiket untuk aksi separuh akhir kedua Piala FA antara Pahang dan JDT di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini akan diberikan kepada PBNP.

Penolong Setiausaha Agung (Tempatan) FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud berkata jumlah berkenaan diberikan kepada PBNP berdasarkan hak mereka selaku tuan rumah.

Terdahulu, perlawanan tersebut yang sepatutnya diadakan di Stadium Darul makmur, Kuantan, Isnin lepas tidak dapat diteruskan berikutan kekecohan penyokong.

Pada masa sama, PBNJ turut menyelar sikap FAM yang lebih mengutamakan mendapatkan hasil jualan tiket untuk Pahang berbanding keselamatan penyokong.

Ini kerana katanya, meskipun PBNJ telah memohon supaya perlawanan pada hari Sabtu ini diadakan dalam stadium tanpa penonton, kerana mengutamakan keselematan penyokong, memandangkan situasi masih lagi tegang daripada insiden Selasa lepas, namum perkara itu tidak diendahkan oleh badan induk bola sepak itu.

“Sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini di Stadium Bukit Jalil, siapa yang akan bertanggungjawab, PBNP atau FAM?.

“Jika berlaku insiden yang sama di Stadium Larkin Johor Bahru, atau di Perak, Selangor, atau mana-mana negeri yang lain, adakah keistimewaan menggunakan Stadium Bukit Jalil akan diberikan dan hasil jualan tiket akan disalurkan kepada persatuan-persatuan bolasepak yang berkenaan.

“FAM telah menunjukkan bahawa mereka boleh berat sebelah berkenaan agihan tiket. Adakah pengadil juga boleh menjadi berat sebelah, kerana mereka di bawah bidang kuasa FAM,” ujarnya.

Untuk rekod, JDT menang 1-0 ke atas Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Sabtu lepas.

Pemenang perlawanan itu akan menentang juara bertahan, Kelantan pada final Piala FA, 29 Jun ini di Stadium Nasional, Bukit Jalil selepas pasukan itu menundukkan jiran mereka, Terengganu dengan keputusan agregat 6-5, Isnin lepas.

- Sinar Harian

Related Posts

27 Responses to Agihan tiket: PBNJ dakwa FAM berat sebelah

  1. Macan tu… Baru TMJ tahu macamana Persatuan bola lain kena dengan FAM. Sudah masanya kita buka Liga Baru dan keluar dari FAM . FIFA nak gantung pun takpa.. Ranking dah bawah ,,gantun pun gantung lah

  2. Aku fikir dah adil sbb Pahang masih dianggap tuan rumah.. Homeground kena ada kelebihan penonton.
    Kalau kau nak gaduh juga, gaduh la TMJ.. bukan aku nak respect pun.

  3. Tak adil? Masa kat Larkin kasi 100 je kat Pahang tu adil la ye? Kahkahkah

  4. Denda RM100,000 pastu allocate tiket 60,000
    (60,000 x RM10 = RM600,000 - RM100,000 = UNTUNG RM500,000)
    Pasni gi stadium mana-mana jom la tuan rumah pakat baling batu kat penyokong opposiion ye…untung bisnes baling batu ni…

  5. Keluar aje dari FAM.. Buat liga Baru.. Lepas ni FAM buat liga dan Pahang Lwn Temerloh, Temerloh Lwn Kuala Lipis.. Baru best

  6. sape tak sokong FAM boleh keluar dari malaysia.. -zahid hamidi-

  7. sbg bantahan terhadap FAM, penyokong johor sila tgk game kt tv aje. jimat tenaga, wang, dan gerenti selamat sejahtera hendaknya…..

  8. Gelanggang berkecuali, tuan rumah Pahang.Hilang maruah stadium Shah Alam.Sabo je la org Johor.Aku ramal JDT akan ke akhir.60 ribu Penyokong Phg rugi dan sedih.20 ribu penyokong JDt balik dengan gegak gempita.Orang lain jgn bukak kedai jual batu pulak.

  9. Ok la tuh!!!! Walau di mana sekalipun perlawanan berlangsung,Phg kn tuan rumah mestilah ada kelebihan…..itu pn nk pertikai ke???? Itupn dah kira ok, klau diperuntukkan 100 - 200 cm kt Larkin…hujan air mata la ek!!!

  10. kelebihan pada tuan rumah yang tetamu nak bising nape . datang rumah orang beradab jangan nak tunjuk lagak

  11. JDT kalau masuk final nanti mau semua tiket dia nak la tu

  12. i love selangor

    perangai org johor mmg mcm 2…salah org dia nmpk salah diri sendiri tutup…ni la perangai lanun.

    • yoo selangor, ape psl lanun jdnye? lu org selangor kan. cek baliklah salasilah keturunan majoriti selangor. byk bugis ngn jawa dol. 2 negeri kat mesia ni yg byk bugis ialah selangor dan johor. banjar,perak,selangor,johor. minang n9. jawa johor,selangor,perak. sultan selangor ada kaitan dgn johor. keturunan raja haji fisabilillah org bugis,melayu jgk. spm sejarah ko mesti xbgus kan. ko tu keturunan ape?tamil eh? semak blik sejarah tmpt ko tu jgn tau nk hentam suku sakat yg gen dia sama ngn tmpt ko tu ok.

      • Paman Ngempeng

        Die x puas hati selangor x dpt g semifinal le tu..nk x nk klh ngan team johor..Sabar ye kang..next year try lg

      • Cool mannnn…jangan kecoh2 la. Johor pun ada masa sengat jugak. Tengok apa yang ko orang buat pasal isu perpindahan pemain? Sekarang ni baru ko rasa apa yang persatuan lain rasa bila di aniaya

    • Selangor kalah

      Jeles ea…., sebab kalah dgn JDT

    • Daeng Sulaiman

      Orang Selangor buta or rabun Sejarah… Sultannya berdarah Bugis Tuduh lain Lanun…Sultan keturunan Raja Lumu daeng celak adik Raja Haji pahlawan tanah Melayu….kasihanlah orang Selangor dah rabun salsilah negeri sendiri…..

      • Bugis dan lanun adalah perkara yang berbeza

        • Tu setuju. Takde istilah bugis ialah keturunan lanun. Lanun tak kira agama langsung atau kaum. Majoriti rakyat malaysia yang spm sejarah tak brape nk elok suka ckp bugis ialah lanun. kawan aku navy kat pantai timur rajin ambush lanun kat laut cina selatan, jd bugis jgk la tu kat pantai timur? Apa Bangang, klu gitu serupa lah Nabi2 dlm bangsa israel tu jht jgk tempias oleh israel skrg mcm tu? hehe kesian org malaysia ni punya pemikiran…..

    • Daeng Sulaiman

      Warga perak pulok jgn sama reti menyalah org je, ada polis buto kat sana ckp rakyat johor lanun termasuk yang kerja sana. bodoh punya polis tak sekolah. Sultan Perak Sultan Azlan Shah keturunan siak, Raja Kecil Jawa Bugis jgk. Jangan kome tak tau pulok. lol

  13. I LOVE MALAYSIA

    Buang aje Presiden FAM tu… Dah lebih 20 Tahun tak ada perubahan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>