Sultan Ahmad Shah sokong hukuman ke atas Annuar, tak setuju hasrat Tengku Abdullah

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah tidak bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menjadi perantara dalam krisis penggantungan Tan Sri Annuar Musa selama dua tahun enam bulan.

Sultan Ahmad yang juga Sultan Pahang bertitah sebagai Presiden FAM baginda perlu menyokong hukuman yang telah dijatuhkan terhadap Annuar yang juga Timbalan Presiden FAM kerana ia tertakluk kepada perlembagaan FAM.

“Saya sudah bersetuju dengan hukuman yang dijatuhkan terhadap Annuar, kemudian mahu sokong pula cadangan (Tengku Abdullah) nak jadi orang tengah, ini tidak betul.

“Saya mesti sokong hukuman terhadap Tan Sri Annuar Musa dan persatuan bola sepak saya. Saya merupakan Presiden, peraturannya ada, jadi Annuar kena tunggu. Bukan Annuar seorang, sebelum ini ada orang lain lagi yang kena (tindakan),” titah baginda kepada pemberita pada majlis perasmian Program Penghijauan Pahang di Pulau Beram di sini hari ini.

Tengku Abdullah dalam satu kenyataan semalam memberi reaksi dengan nasib Annuar selepas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik skuad bola sepak negara.

Sultan Ahmad Shah turut menasihati supaya pihak yang berkenaan tidak terlalu bebas meluahkan pandangan tetapi bertindak mengikut perlembagaan.

“Kita merdeka, tapi kena ikut perlembagaan. Saya sendiri tak berani cakap, kalau kita tidak ikut (perlembagaan), siapa lagi. Orang luar, tentu tidak,” tegas baginda.

Baginda juga menafikan dakwaan Annuar kononnya diminta oleh FAM menerusi e-mel untuk membayar kos perbelanjaan mesyuarat jawatankuasa tersebut yang bersidang 4 April lalu.

“Itu bidaah (tidak betul). Kena bayar untuk apa sedangkan mesyuarat diadakan di FAM. Saya akan hubungi Setiausaha Agung untuk pastikan betul atau tidak perkara ini,” titah baginda. — BERNAMA

20 Responses to Sultan Ahmad Shah sokong hukuman ke atas Annuar, tak setuju hasrat Tengku Abdullah

  1. Siapakah sultan paling bodoh sekali di Malaysia ?
    Cuba teka !

  2. kehadiran azudin sebagai setiusaha FAM lebih banyak kabaikan dari keburukan lebih banyak meyusahkan dari memudahkan

  3. “SAYA SENDIRI TAK BERANI CAKAP” - Kalau presiden sendiri tak berani cakap untuk pembangunan bola sepak, buat apa lagi duduk di situ??

  4. Siapakah Setiausaha FAM paling banggang sekali di Malaysia?..cuba teka..

  5. Ketat betul undang2 tu. Sampai Presiden FAM sendiri mengaku yg dia sendiri xberani buka mulut. Nmpaknya Azzudin adalah yg paling berkuasa dlm FAM.

  6. kalau tuan presiden tak berani bercakap dalam persatuan sendiri. lebih baik presiden letak jawatan dan buat benda lain yang lebih bermanfaat untuk presiden. kesian kat presiden, mesti tertekan hidup sebab tak berani untuk bercakap.

  7. Lanang SiJagat

    semuanya wayang kulit belako tuh..pandaila berlakon….pelakon popolar bulan ini ialah…jeng jeng jeng

  8. menyampah aku nk baca lam metro kisah tua ni tk hbis2.su muka dhla tk hensem lagak mcm bgus dlm bola.g jadi jaga la weh askar pencen

  9. masalah betul orang tua zaman sekarang ni. kalau ye pun minat bolasepak belilah playstation pastu main puas-puas. janganla berkeras nak jadi presiden kalau diri tu tak pandai apa-apa. persatuan bolasepak negara ni bukan hal main-main. kalau nak main-main pegi main playstation lagi baik.

  10. bawak-bawaklah bertaubat wahai tuanku. patik dah banyak kali termuntah dengar kisah tuanku yang tak masuk akal ni. barangkali tuanku ingat rakyat malaysia ni IQ rendah paras buku lali macam tuanku agaknya. patik ingat sebelum jiran-jiran dan orang kampung patik termuntah sama, pulanglah tuanku ke pangkal jalan dengan meletak jawatan secepat mungkin.

  11. tuanku…tuanku….
    panggilan aje tuanku tapi otak beku,
    inilah luahanku buat si tua tak laku.

  12. Sultanah Pahang

    Beta mitak semua bersabar… nanti beta ugut tuanku takkan main dgn tuanku selagi x letak jawatan.

  13. sejak terbaca yang tuanku cakap fam ini persatuan bolasepak tuanku, nanah tak berhenti-henti keluar dari telinga patik. tolonglah tuanku jangan ulangi lagi kata-kata syok sendiri tahap melampau macam ni ye tuanku.

  14. Minta PM jadi Presiden FAM . Ranking jatuh lagi ..156 plak ..sedihnya. Sedarlah segera FAM , bertaubat sebelum terlambat. Insaf segera dengan apa yang berlaku

  15. bila la nak ada pemain utama..asyik nak cuba pemain…tgk2 pemain yang sama, yang tak perform dalam liga. come on coach tak perlu nak nostalgia lagi…prestasi semasa perlu diambilkira..

  16. Xpayahla PM nak jd Presiden FAM pula. Cukupla kebanyakan presiden persatuan/kelab MB negeri yg pegang. Karang terlebih politik pula, punah lak sukan. Penyokong yg jd mangsa.

    p/s: Cuba teka, siapa peminat no 1 TRW yg pernah diisytiharkan oleh TSAM tidak lama dulu. Tp peminat no 1 senyap saja bila TRW dilanda masalah

  17. FAM x relevan langsung dah.memang patut kena bubar.kata lah gajah ke harimau ke dia buat bodoh saja.FAMsaja yang betul.terutama melalaui lidah rasmi nya yang amat kebal azuddin.walaupun ranking jatuh pun dia kata tak perlu risau kerana rangking tak penting.nilah yang di panggil bodoh sombong.

  18. betullah azuddin kata ranking tak penting, sebab agenda utama fam bukannya untuk kepentingan bolasepak tapi untuk menghukum individu dan mana-mana pihak yang tak digemarinya. kesihan bolasepak kita, dihancurkan oleh pihak yang sepatutnya kita harap.

  19. sejak sultan ni jd presiden, bola sepak malaysia trus merudum…tlg la ltk jawatan botak oi….

  20. klau x lih nk komen gapo2 gak lps ni fam buang je org2 dlm prsatuan.biar tnggal ahmad shah nga mat din jah.huk lain buka iklan jwtan kosong utk org2 bisu jah.dh tntu x lih kecek,x lih nk komen.baso bodor……….sago daler molor,gong capur gilo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>