Che Mat anggap spekulasi liar ganggu fokus pemain
PENGURUS pasukan Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh kecewa kontroversi melanda ketika Terengganu bergelut untuk merebut slot ke pusingan suku akhir saingan Piala Malaysia.
Sebelum ini Jurulatih Terengganu, Peter Butler menyingkirkan dua pemain, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad dengan mendakwa mereka melakukan kesalahan dengan pulang lewat ke hotel penginapan pemain kira-kira pukul 3 pagi, serta kesalahan lain.
Katanya, kejadian berlaku semasa skuad Penyu bertandang ke Alor Setar pada perlawanan Piala Malaysia tempoh hari sebelum kecundang 1-2 kepada tuan rumah pada keesokannya (Selasa lalu).
Che Mat Jusoh yang juga Yang Dipertua PBSNT, persatuan itu belum menerima sebarang maklumat dan laporan daripada Butler berhubung salah laku dua pemain terbabit.
“Kita meminta dia (Butler) membuat laporan secara rasmi berhubung perkara itu kepada persatuan supaya siasatan dapat dijalankan,” katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas perkara itu.
Bagaimanapun, Che Mat berkata beliau kecewa kerana perkara itu timbul ketika pasukan Terengganu bergelut untuk merebut slot ke pusingan suku akhir.
Katanya, walau apapun, beliau yakin pemain Terengganu tidak mungkin melakukan perbuatan seperti yang didakwa jurulatih itu.
“Kita percaya disiplin pemain-pemain kita tinggi,” katanya.
Che Mat juga berkata, apa yang penting sekarang ini ialah Terengganu mesti menang semua perlawanan pusingan kedua saingan kumpulan, dan bukan mengadakan alasan jika kalah.
“Kita dah kalah, terima sajalah… kenapa pula menimbulkan masalah dalaman kepada pihak luar yang boleh memalukan persatuan dan pemain?” katanya dalam nada kesal.
Peter Butler singkir Muslim Ahmad, Ismail Faruqi
Terengganu menerima tamparan hebat apabila dua pemain tonggak, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi Asha’ri disingkirkan daripada skuad itu kerana masalah disiplin.
Muslim, pemain pertahanan tengah dan Ismail pada posisi tengah menerima hukuman keras itu daripada jurulatih Peter Butler.
Butler ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau nekad menyingkirkan kedua-dua pemain berkenaan kerana kesalahan yang mereka lakukan langsung tidak boleh diterima sama sekali.
Jelasnya, Muslim dan Ismail didapati melakukan kesalahan dengan pulang lewat ke hotel penginapan pemain kira-kira pukul 3 pagi, serta kesalahan lain.
Katanya, kejadian berlaku semasa skuad Penyu bertandang ke Alor Setar pada perlawanan Piala Malaysia tempoh hari sebelum kecundang 1-2 kepada tuan rumah pada keesokannya (Selasa lalu).
“Dengar betul-betul kata saya, Muslim dan Ismail tak akan bermain lagi untuk saya. Pulang pukul 3 pagi… dan kesalahan lain, ini langsung tak boleh terima.
“Dua pemain ini dah tiada rasa hormat pada saya, pasukan, pengurusan dan juga rakyat Terengganu atas perbuatan mereka,” katanya di sini, semalam.
Tegas Butler, walau berlaku perkara ajaib sekalipun, kedua-dua pemain terbabit tidak akan beraksi lagi di dalam pasukan yang dikendalikan beliau.
Berikutan itu, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan bagi menentukan tindakan wajar yang bakal dikenakan ke atas dua pemain kelahiran Terengganu itu.
“Bagi perspektif pasukan, mereka tak akan bermain lagi untuk saya tapi bagi pengurusan, saya serahkan pada mereka (pengurusan) untuk tindakan disiplin,” ujarnya.
Mengenai perlawanan Terengganu melawan Kedah di gelanggang sendiri esok, katanya ramai lagi pemain yang berpotensi bagi mengisi tempat Muslim dan Ismail.
“Erison Da Silva cukup hebat di barisan pertahanan, Joseph Kalang Tie mampu berada di mana-mana posisi jika diperlukan.
“Kita juga ada pemain Piala Presiden, Muhd Fakhrurazi Musa yang boleh kita panggil untuk bantu skuad,” katanya. — Utusan Malaysia
September 1, 2012 - 12:27 am
Haa bbolot mmolek … Datuk che mat jusoh tak ccayoo ko butler,Dia kata player gganu ada disiplin tinggi..KITA TENGOK SIAPA YANG KENA……(raso2 butler lari pulokkk gi indon… ha.ha.ha..Sebelum Mat Jusoh Ngan Mat Said Pecat dio…baik dio cabutt….)
September 1, 2012 - 1:06 am
simpati aku pada Ganu Nelang…Butler ni ibarat seorang bini yang diceraikan kerana alasan penuh misteri oleh pasukan the Red`Warriors. Patutnye puok Ganu ni check dulu laa perangai apa yang ada pada bini orang itu sampai kena cerai walau pun nikah tak lama. Tapi doh sere nelang sokmo puok2 Ganu ni..hoo baru tau perangai sebenar Butler! Aduuuh kalu lagu ni payoh la nok tengok Kelate lawe Teganung dle final Piala Malaysia
September 2, 2012 - 1:48 am
Trengganu ambil Butler sebab nak tahu rahsia Kelantan dan seterusnya memenangi game dgn Kelantan. Cita2 dia dah tercapai. Akhirnya baru dia tahu sikap Butler, itu lah Pengurusan yg ‘BIJAK’.
September 1, 2012 - 7:03 am
saya setuju pada ke2-2..
1.PJB - player mesti ada disiplin…
2.DCMJ - kalau kalah jgn buat alasan…
apa yg berlaku kes player memang memalukan semua org walaupun bukan dari negeri terengganu, melambangkan attitude rakyat malaysia, player malaysia, org islam etc…
jika no 1 dgn no 2 fight..no 1 terpaksa pergi…kerana no 2 dilihat begitu KUKUH…
BERSEDIALAH NO 1…
September 1, 2012 - 11:27 pm
“Beberapa pemain dan pihak hotel melaporkan kepada saya bahawa Muslim dan Ismail dilihat telah keluar masuk hotel bersama dua orang wanita pada jam 3 pagi, malam sebelum perlawanan dengan Kedah.” kata Peter Butler.
“Ini satu perkara yang tidak berdisiplin dan tidak boleh diterima selagi saya jurulatih di Terengganu.” tambahnya lagi.
http://www.espnstar.my/bola-sepak/berita/detail/item847896/Butler-singkirkan-Muslim,-Ismail/
September 1, 2012 - 11:51 pm
mungkin diorang nk meeting kot…
September 2, 2012 - 1:07 am
bkn meeting tp tazkirah mcm ustaz badigol amin..
September 2, 2012 - 7:46 am
he.he.he..mail ngan muslim nak cas bateri..pasal bateri dia dah weak…W/apapun tunggu je la keputusannya…
September 2, 2012 - 11:21 am
Saya tak terkejut kalu faruqi tak ada disiplin kerana live bola dlm TV pun perangai teruk dan main bola macam org jahat. Dlm padang macam tuu kalu diluar lagi lah teruk mesti ikut kepala dia jeee. Mana makan saman. Hati hatilah coach utk sesi 2013. Jgn ambil org macam niii hancur team nanti….. Tapi muslim nampak muka baik tapi buat perangai tak baik mungkin belajar dgn faruqi kok. Tganu perlu marzuki utk pimpin team kerana tak de satu org pun boleh pimpin player termssuk mat jusoh pun faileeeed
September 3, 2012 - 12:29 am
mail n muslim pn silap,lain kali ejas lg sorang utk butler.br lh dia x bising.