Piala AFF 2012: Malaysia diundi bersama Indonesia, Singapura
Malaysia lawan Singapura aksi pembukaan Kumpulan B
Juara bertahan Piala AFF Suzuki, Malaysia telah diundi dalam kumpulan B bersama dengan Singapura dan Indonesia.
Undian Piala Suzuki AFF diadakan petang tadi di Bangkok, Thailand yang turut dihadiri Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, timbalannya, Tengku Abdullah dan juga ketua jurulatih Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal.
Malaysia yang mensasarkan untuk mempertahan kejuaraan Piala Suzuki telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan saingan utama mereka, Singapura dan Indonesia.
Manakala bagi Kumpulan A pula, Thailand telah diundi bersama Vietnam dan Filipina.
Brunei, Myanmar, Laos, Timor Leste dan Cambodia akan beraksi dalam pusingan Kelayakan Piala Suzuki AFF 2012 di Myanmar bermula 5 Oktober ini. Juara pusingan kelayakan akan menyertai Kumpulan A, manakala tempat kedua akan sertai Kumpulan B.
Piala Suzuki AFF 2012 kali ini semestinya menarik apabila tiga ‘musuh’ utama masing-masing ditempatkan dalam kumpulan yang sama.
Peringkat kumpulan Piala Suzuki akan diadakan di Thailand bagi Kumpulan A dan di Malaysia bagi Kumpulan B.
Malaysia akan bertemu Singapura untuk perlawanan pertama Kumpulan B pada 25 November 2012.
July 12, 2012 - 9:08 am
juara bertahan masuk mana-mana kump. tak kesah. Pasal semua team nak mengelak jumpa kita.
July 12, 2012 - 11:37 pm
dhrp kita dpt mngekalkn kejuaraan…..
July 13, 2012 - 10:19 am
first round out ni confirm , lepas tu dengar la apa alasan KING GOPAL lak
July 15, 2012 - 12:56 pm
jangan la doa camtu bro..harap tahun ni tetap menang lagi..
July 15, 2012 - 3:52 pm
tula pemikiran pon cm luncai, tan sri luncai… xde support lngsung….
July 25, 2012 - 1:50 am
jika jumpa semifinal semua team dapat main home~away.
its 50-50 then.