FAM kaji rombak struktur Liga Super
Cadangan rombakan untuk tingkatkan martabat liga utama Malaysia
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) kini sedang mengkaji untuk mengurangkan bilangan pasukan Liga Super yang kini disertai 14 pasukan negeri dan kelab.
Struktur liga utama bola sepak kebangsaan itu berkemungkinan akan dirombak sekali lagi bagi meningkatkan martabat liga bola sepak negara ini.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang mengesahkan perkara tersebut berkata, ia masih dalam peringkat perbincangan.
“Kita akan mengurangkan pasukan dan akan dibincang di peringkat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM untuk menentukan perkara tersebut,” katanya.
Untuk rekod, bagi musim ini sebanyak 14 pasukan telah menyertai saingan Liga Super seperti Kelantan, Terengganu, Selangor, Kedah, Harimau Muda A, Perak, Johor FC, Negeri Sembilan, T-Team, Sabah, Felda United, Kuala Lumpur dan Pahang serta Perlis sejak pertama kali diperkenalkan pada 2004.
Sementara itu bekas Naib Presien FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, kajian menyeluruh perlu dilaksanakan sekalipun ia dilihat mampu meningkatkan kewibawaan bola sepak negara ini.
“Lebih wajar jawatankuasa terbabit melihat kepada struktur kewangan setiap pasukan yang bertanding di dalam Liga Super kerana masih terdapat pasukan yang berhadapan masalah kewangan.
“Jika dilihat seperti Liga Inggeris dan Liga Sepanyol yang mempunyai 20 pasukan namun persembahan dan permainan mereka sangat berkualiti serta berada jauh di hadapan ,” katanya.
Meskipun sebarang keputusan masih belum dibuat, Raja Ahmad berharap FAM meneliti cadangan tersebut termasuk meninjau pelaksanaan yang telah wujud di negara-negara lain seperti di Korea Selatan dan Jepun.
Dengan nada tegas, jelasnya lagi, FAM sepatutnya memberi tumpuan kepada format baru musim depan sebelum merubah kepada perkara-perkara lain demi peningkatan mutu sukan itu.
December 9, 2011 - 11:35 pm
semua org tau dah… kira nak selamatkan pahang ja tu… nak jaga hati president fam ( sultan ahmad ).. xda kualiti buang ja lah ke liga perdana..
December 12, 2011 - 9:58 am
mmmg pun…kalo dah Pahang xlayak..turun je liga perdana.. selalu nak selamatkan Pahang je…