Skuad ‘sebenar’ Rajagobal tiada jawapan

Malaysia 0-3 vs Singapura Piala AFF 25 November 2012

RAMAI yang meragui kemampuan Singapura pimpinan Radojko ‘Raddy’ Avramovic dalam mencabar kejohanan dwitahunan bagi merebut Piala AFF Suzuki 2012.

Bahkan, ada yang menepis pendapat Singapura boleh melayakkan diri ke peringkat separuh akhir, terutama dengan kehadiran pasukan Malaysia, Indonesia dan Laos dalam Kumpulan B.

Tetapi Singapura menunjukkan azamnya mahu menjulang mahkota yang telah dimenangi mereka sebanyak tiga kali sebelum ini, dengan menundukkan juara bertahan, Malaysia, 3-0 di Stadium Bukit Jalil, malam tadi.

Kemenangan itu meletakkan Singapura dalam kedudukan selesa dan mendahului kumpulan tersebut dengan tiga mata, dua mata lebih berbanding Indonesia dan Laos.

Keputusan Raddy menurunkan Khairul Amri berbaloi dengan penyerang itu sering memporakperandakan benteng Malaysia dengan lariannya yang pantas.

Namun, Malaysia yang lebih kerap menunjukkan taring mereka di separuh masa pertama dengan penyerang utama mereka, Norshahrul Idlan Talaha, sering menguji benteng Singapura.

Beliau hanya memerlukan 10 minit untuk menunjukkan kebolehannya apabila lariannya ke arah kotak penalti Singapura hampir membolosi benteng Singapura.

Tetapi Safuwan Baharuddin tampil dengan menerkam larian pemain itu tetapi memberikan tendangan percuma kepada Malaysia.

Namun, percubaan Aidil Zafuan diadang dan rembatan Azmi Muslim selepas itu melambung.

Singapura, lebih kerap memegang bola sebelum mengatur serangan balas dari kiri padang.

Kededuanya, Shahdan Sulaiman dan Shaiful Esah, sering membuat hantaran dari kiri ke arah kotak penalti lawan.

Taktik itu berbaloi apabila pada minit ke-32, bola lambung Shaiful dari kiri menemui Shahril yang merembat masuk bola.

Gol itu seperti membangunkan Malaysia yang terus cuba menjaringkan gol penyamaan, tetapi mereka gagal menembusi midfield Singapura, yang dikawal kemas oleh Mustafic Fahrudin dan Hariss Harun.

Singapura mempunyai peluang pada minit ke-34 tetapi rembatan Shaiful dari satu tendangan percuma ditampar keluar penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmy Che Mat.

Tetapi Singapura terus mencuba dan tiga minit kemudian, umpanan Shahdan dari kiri gagal diselamatkan Khairul dan Shahril menanduk masuk gol keduanya.

Malaysia kembali ke padang bagi separuh masa kedua dengan menurunkan pemain muda terbaik Liga-S Great Eastern Yeo’s musim lalu, Wan Zack Haikal, dan pemain sayap itu ditugaskan menyerang bahagian kiri Singapura.

Keputusan itu melihat Shahdan dan Shaiful memberi tumpuan pada bertahan dan menghadkan kebolehan mereka untuk menyerang.

Singapura mempunyai peluang pada minit ke-51 apabila tendangan jauh Daniel Bennett menemui Amri tetapi Aidil dengan pantas menendang bola keluar.

Malaysia terus mengasak tetapi benteng Singapura dapat menepis serangan-serangan lawan dengan Baihakki Khaizan dan Safuwan bekerja keras untuk mematahkan percubaan lawan.

Singapura menjaringkan gol ketiga mereka pada minit ke-74 apabila pemain simpanan, Aleksandar Duric, yang baru dua minit diturunkan, menanduk masuk umpanan Shahdan.

Raddy seharusnya bangga dengan persembahan Singapura tetapi, beliau seharusnya bangga dengan dirinya sendiri kerana membaham seteru utama mereka.

Kini, mereka harus menepis cabaran Indonesia pula, lusa. — Berita Harian (S)

Jadual Penuh Piala AFF Suzuki 2012 (Waktu Malaysia):

KLIK DI SINI

Keputusan Penuh Piala AFF Suzuki 2012:

KLIK DI SINI

Carta Kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 (Waktu Malaysia):

KLIK DI SINI

Penjaring Gol Terbanyak Piala AFF Suzuki 2012:

KLIK DI SINI

Related Posts

9 Responses to Skuad ‘sebenar’ Rajagobal tiada jawapan

  1. Pingback: » FAM ‘kurung’ Harimau Malaya | Sokernet

  2. Harimau Malaya sakit dan cedera selepas membuat pertunjukan sarkas kat Bukit Jalil akibat digigit singa.

  3. singa raja rimba
    harimau raja gopal

  4. malaysia ranking dunia no 163 lah…jangan harap lebih2…selama ni pun harap glamour je dan isu bodoh2…isu nak transfer pemain, isu girlfriend, isu nak kahwin

  5. ….ranking tak penting….yg penting memang dapat piala…so far…team malaysia kalau g tournament ..tak pernah ..mengecewakan…sukan sea, aff, piala suratkabo…etc..

  6. mana belang harimau kita..

  7. tolong kepada pemain skuad K raja gobal..hargai lh penyokong tanah air kita..tolong jgn main mcm tidak bermaya..insyaallah kami penyokong tegar ‘THE TIGER’ sentiasa menyokong dari belakang..kepada coach kalau ad peluang pinjam player ‘THE RED WORIOR’..yg berkemampuan..seperti m.azlan roya,m.badri radzi dan indra putra mahyudin..gomo TIGER gomo..!!

  8. Semangat juang permainan itu yg. Dinilaikan…kalau atau menang itu bergantung kepada usaha kita…Contoh datukLCW ..walaupun ia kalah pada Lin Dan ..kita rakyat Malaysia tahu dia bermain mati-matian hingga ke akhir. Semangat itu yg. Kita sanjung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>