FAM ‘kurung’ Harimau Malaya
Malaysia vs Laos, 28 November 2012
SKUAD Harimau Malaya memilih untuk ‘menyembunyikan diri’ selepas diaibkan Singapura semalam, apabila menjalani latihan secara tertutup di Institut Penilaian Negara (Inspen) petang ini.
Usaha media menjengah sesi latihan skuad Harimau Malaya gagal apabila pengawal keselamatan tidak membenarkan mereka memasuki institut berkenaan dengan alasan telah menerima arahan daripada pihak atasan FAM untuk berbuat demikian.
Tindakan itu mengejutkan petugas media kerana sebelum ini, mereka tidak pernah dihalang daripada membuat liputan skuad kendalian Datuk K.Rajagobal tersebut.
Semalam, Harimau Malaya tumpas 0-3 kepada Singapura pada perlawanan pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Seri Subahan Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa arahan tersebut adalah daripada beliau sendiri.
Beliau berkata, tindakan tidak membenarkan media membuat liputan latihan skuad Harimau Malaya itu adalah bagi memastikan usaha memulihkan semangat pemain tidak terganggu.
“Saya nak mereka (jurulatih dan pemain) beri tumpuan 150 peratus kepada persiapan menentang Laos pada Rabu ini kerana kita perlu mendapat tiga mata penuh.
“Kita memerlukan enam mata untuk mara ke separuh akhir, dan saya yakin mereka mampu melakukannya,” kata Subahan.
Bagaimanapun, beliau berjanji akan membenarkan media membuat liputan pada latihan berikutnya di padang latihan FAM esok.
“Biarlah pemain kita jalani latihan secara tertutup buat seketika kerana mereka perlu memberi fokus sepenuhnya tanpa sebarang gangguan hari ini,” katanya.
Subahan berkata, tindakannya itu bukan bermakna untuk menutup kelemahan skuad kebangsaan tetapi bagi memberi ruang kepada pemain kerana beliau yakin anak buah Rajagobal mampu bangkit pada perlawanan seterusnya.
Malaysia akan menamatkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Disember. - Bernama
Jadual Penuh Piala AFF Suzuki 2012 (Waktu Malaysia):
Keputusan Penuh Piala AFF Suzuki 2012:
Carta Kumpulan Piala AFF Suzuki 2012 (Waktu Malaysia):
Penjaring Gol Terbanyak Piala AFF Suzuki 2012:
November 27, 2012 - 1:14 am
Payah wei kurung rimau Kampung, lama2 makan Tuan..
Kalau nak menganas kena cari rimau slim sikit, jangan rimaut berat perut.. sampai defend pun tak terlompat.. kesian kat fahmi kena lompat nak tolak bola.. Lastnya kata Apek bersalah.. punya ramai rimau pendek defend ,cari rimau panjang lagi belajar macam singapore,tinggi & lompat tinggi biarpun keeper tak tinggi..atau tiru mcm johor cari player dah gerenti hebat….. ..
November 27, 2012 - 1:19 am
Tok payoh nok kurong lah….rima malaya sakit mabok tonik hok najib bui.
November 27, 2012 - 1:49 pm
kurung coz memang takut berhadapan dgn peminat, membukti kan mental pasukan malaysia lemah selemahnya.
November 27, 2012 - 1:44 am
Media tu pn satu, buat pe korang menyibuk nk g tgk dorangberlatih
November 27, 2012 - 3:21 am
Media pon satu hal jugak… nak menyibuk mintak komen sana sini lepas tuh bila buat laporan tak sama seperti apa yg dikatakan oleh orang yang dia interview. Lepas tuh bila si bangang yang bodoh lagi bengap yang dok kat kerusi FAM tuh baca & salah tafsir, mula lah cari salah org dan hukum org dgn FATWA taik kucing.
Ini pon salah satu jugak silap pihak media yg nak cari duit dgn membuat propaganda taik kucing.
November 27, 2012 - 7:00 am
Elok la sekor rajagoblok
Sekor sumpahan kamal bila di gabung jadi raja sesumpah@pok ko hangok
November 27, 2012 - 8:12 am
hambik mu…berkurung kerna malu lah tu…hambikmu
November 27, 2012 - 9:13 am
malaysia ranking dunia no 163 lah…jgn harap lebih2…selama ni pun harap glamour je dan isu bodoh2 …isu nak transfer pemain, isu girlfriend, isu nak kahwin…
November 27, 2012 - 10:09 am
patutnya media jumpa wakil FAM untuk buat ulasan sikit
November 27, 2012 - 11:44 am
harimau malaya dikurung untuk merima senjata rahsia.senjata ini dikhabarkan cukup menggerunkan pihak lawan.dengan senjata ini sanggupal percaya harimau malaya mampu menundukkan musuh2nya sehingga berjaya memenangi piala AFF SUZUKI.kekalahan kepada singapora hanya salah satu strategi sahaja untuk mengelirukan musuh.RAMAI MUSUH2 NYA KELIRU KERANA HARIMAU MALAYA SAJA BUAT2 KALAH.
November 27, 2012 - 1:52 pm
senjata rahsia taring rimau utk menakutkan loas.
November 27, 2012 - 1:59 pm
harimau mudah lupa, senjata yang sama tak mungkin berkesan org dah boleh baca……
pecat jer king gopal tu
November 27, 2012 - 2:01 pm
kita tunggu jer la apa alasan king gopal selepas nie
November 27, 2012 - 2:33 pm
nampak gayanya, memang kena bukak kemaluan besar2 la..biar cpt sikit GP kena pecat…taktik sama dari dulu, dapat bola, gelecek, hilang bola, clear bola, defend hantar bola ke striker, striker kejar bola, passing out,..itulah taktik sebenar yang diterapkan oleh pemain yang saya kenal..
November 27, 2012 - 3:19 pm
singapore dok umh flat je bro.diorg asal main bola kt carpark je ms kecik2.malaysia main bola dr kecik terus kt atas tanah.kalau tgk rupa, npk pemain malaysia muka bdk bola.muka pemain singapore ala2 mcm sleeq atau aaroz aziz atau pn aliff aziz je.mat jambu je pemain singapore.tp pemain singapore displin.pemain malaysia harap glamour je.kawin pn nk buat pc.midfield singapore si harris haron tu bgs gle beb.10x bgs die dr safiq rahim.harap coach baru dpt amik indra, azwan roya, joseph kallang, piya..eh, rmi lg r player2 m`sia yg bgs2.
November 27, 2012 - 3:35 pm
Bagus itu satu lagi eksperimen
November 27, 2012 - 3:49 pm
AFF Suzuki yg gobal menang 2010 tu nmpk sgt hanya “LUCK”!…
November 27, 2012 - 4:06 pm
Setuju sangat-sangat tu…..hak sejarah tu tak usah dok bangga laa…hak sekarang nie macam mana.
November 27, 2012 - 11:28 pm
elok lah ko kurung dlm zoo je..takde langsung ciri penyandang juara..elok ko buat match dgn bdk kampung aku sbagai experiment..main pakai otak lah bukan asal tolak kedepan je bolaa…
November 28, 2012 - 8:54 am
Minta maaf le, FAM dah lantik saya jd kohh, Saya tak de maasalah, U olang nak hamtan saya tak kisah,Fam suka saya bayar gaji saya, Selagi FAM tak buang saya lu olang jgn sibok…
November 28, 2012 - 5:29 pm
lawan tetap lawan
November 29, 2012 - 10:49 am
December 2, 2012 - 12:05 am
rama set kelate kat sini