TS Annuar Musa kena tunjuk sebab, dipanggil ke Jawatankuasa Disiplin

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Timbalan Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berhubung kritikan beliau terhadap skuad kebangsaan, baru-baru ini.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, surat tersebut telah dihantar petang kelmarin.

“Surat tersebut menuntut beliau (Annuar) memberi maklum balas terhadap kritikannya terhadap skuad kebangsaan sebelum 23 Mac ini.

“Selepas itu Jawatankuasa Disiplin akan menilai maklum balas tersebut dan beliau akan dipanggil pada 29 Mac,” katanya ketika dihubungi semalam.

Annuar baru-baru ini didakwa telah menyatakan keraguan terhadap kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF berikutan prestasi hambar skuad kebangsaan.

Bagaimanapun, pada satu majlis di Shah Alam kelmarin, Annuar berkata, kenyataan beliau disalah tafsir oleh pihak media kerana beliau hanya mengkritik pasukan kebangsaan tanpa tidak merujuk kepada mana-mana individu termasuk jurulatih Datuk K. Rajagobal.

Annuar yang tetap tegas dengan pendiriannya berkata, semua pihak sepatutnya tidak perlu terlalu sensitif kerana pandangan dan kritikannya terhadap pasukan kebangsaan dibuat dengan ikhlas tanpa sebarang niat buruk untuk menjatuhkan mana-mana pihak.

“Sekiranya tindakan saya sebagai Timbalan Presiden FAM melontarkan pandangan dan kritikan dianggap melanggar etika disiplin FAM, apa nak jadi kalau begitu?

“Sepatutnya kita jangan terlalu sensitif dengan pandangan dan kritikan daripada mana-mana pihak malah.

“Kita perlu menggalakkan lebih ramai pihak tampil memberikan pandangan mereka untuk sama-sama mencari jalan memajukan bola sepak negara,” jelasnya. Beliau menghadiri majlis Anugerah Sukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Hotel De Palma di Shah Alam, kelmarin.

Annuar persoal tindakan Azzudin hebah kepada media

Sementara itu Annuar Musa mempersoal tindakan Azzuddin yang menghebah kepada pihak media maklumat pertuduhan ke atasnya.

Sedangkan kata Annuar, beliau sendiri belum menerima surat pertuduhan yang dimaksudkan.

“SU Agong dah buat kenyataan media nampaknya dan saya harap dia tidak dibawa ke Jawatankuasa Disiplin kerana membuat kenyataan media.

“Setahu saya Exco FAM tidak pernah memberi kebenaran kepadanya (Azzuddin) membuat kenyataan akhbar.. Apa lagi mendedahkan detail pertuduhan sebelum ianya sampai kepada saya.

“Pada masa ini Presiden (FAM) berada di luar negara saya adalah The Highest Ranking Official yang ada dalam negara untuk dirujuk.. tapi realiti sebenar sudah tentu tidak begitu,” Kata Annuar di Facebook beliau.

Related Posts

15 Responses to TS Annuar Musa kena tunjuk sebab, dipanggil ke Jawatankuasa Disiplin

  1. kalau mcm ni la FAM, sampai TIM.Presiden pon xleh nk kritik, baik bubar kan saja… dh la PResiden FAM xbersuara langsung… oooo sampai bila la nk maju bola sepak malaysia…

  2. BETUL222222 kalau timbalam x leh kritik x tahu la mmg x leh maju la bola sepak kita.mundur la sampai bila2 kalau timbalan @ presiden kritik bukan apa untuk maju ke hadapan juga bola kita cuba ambil iktibal apa yg org cakap kaji dulu betul ka x betul ni x cepat sangat melenting.nk ambil tindakan la x frofesional langsung

  3. BETUL 2 kalau timbalam x leh kritik x tahu la mmg x leh maju la bola sepak kita.mundur la sampai bila2 kalau timbalan , presiden kritik bukan apa untuk maju ke hadapan juga bola kita cuba ambil iktibal apa yg org cakap kaji dulu betul ka x betul ni x cepat sangat melenting.nk ambil tindakan la x frofesional langsung

  4. Harap rakyat msia dan semua yg cintakan bolasepak msia,terutama ahli2 gabungan,cukuplah setakat ini kepimpinan FAM yg ada, penggal hadapan sama-samalah cadangkan TS Anuar musa untuk Presiden FAM yg baru.
    Kita akan nampak lonjakan mutu bolasepak Msia.

  5. betul-betul

  6. SU Agong FAM pun komen H.Muda tp xde pn show cause letter, bila TSAM komen H.Malaya kena show cause le plak. CAMNE tu? In this case, pity TSAM kerana byk media x pro pdnya.

  7. siapa berani nk bubar FAM? menteri sukan pun xberani buka mulut. sebab apa, lu pikirla sendiri…

  8. apa kec8h2. FAM suruh tnjuk sbb je. bagusla. nnt TSAM tulisla sbbnya. cth sbb
    1) Nk majukan bola sepak malaysia
    2) perlawann persahabatan dgn liga tempatan/asean xberi bnyk kemajuan
    3) kalu xckp kt media, atau ckp masa msyuarat FAM, tiada tindakan akn diambil
    4) malaysia negara demokrasi dan kita ada hak nk bersuara
    5) sbb komennya membina bkn menjahanam
    0

  9. nampaknya fam dah semakin mengarut.kalau x boleh bubar letak sahaja jawatan ramai2.

  10. Aku nasihatkan kat si nuar ni baik berambos je, tak payah busy mengalahkan cipan, jgn buat semak kat fam, org kelantan mmg suka buat hal.

    • Man laksa pula orang negeri mana? mana2 negeri takde hal, yang banyak hal orang macam kamu sebab suka buat hal..

    • mulut anjing , menyalak tak henti henti

    • ada lagi ke org mcm MAN LAKSA kt malaysia ni. aku ingat dah pupus. org mcm nilah yg memalukan orang melayu. kalu aku PM aku lucut warganegara kau. jadi BANGLA lagi bagus. org mcm kau ni yg paling sesuai dilabel BANGSAT,MALAUN. kalau mak kau tau kau mcm ni x nak dia lahirkan kau.baik gugur awal2 lagi.meyusahkan

  11. kalau ramai org macan man laksa basi alamatnya ramai yg tutup kedai. itu bukan comment bro,k man laksa basi

  12. korang ni.. sudah2 la layan pesakit jiwa si man laksa ni. dahla kemerengan otaknya di tahap kronik, karang ‘gol’ pula budak tu, sian mak bapak dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>