Final: Azraai Khor yakin kemampuan Kim Swee
- Final Bola Sepak Sukan SEA 2011
- Malaysia vs Indonesia
- 21 November 2011, 8.30 mlm
- Siaran Langsung TV1, TV3
- LIVE Astro Arena
TAHUN lepas, skuad bola sepak kebangsaan bangkit daripada kekalahan 1-5 pada aksi peringkat kumpulan untuk menewaskan Indonesia dengan agregat 4-2 pada final Piala Suzuki AFF.
Sudah pasti, Sang Garuda mahu melakar ‘skrip yang sama’ buat skuad B-23 negara apabila kedua-dua pasukan bertemu pada aksi final temasya Sukan SEA 2011 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.
Apa tidaknya, dendam tewas 0-1 hasil ja- ringan Syahrul Azwari Ibrahim pada aksi terakhir Kumpulan A, Khamis lepas pasti- nya mahu ditebus anak-anak buah Rahmad Darmawan, sekali gus menafikan impian skuad negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu.
Jika kita tersungkur malam ini, memang mengecewakan kerana ia merupakan keka- lahan yang pertama dan terakhir buat pa- sukan negara di bumi Jakarta setelah muncul satu-satunya pasukan yang masih kebal dengan rekod tanpa kalah pada saingan kali ini.
Skuad bimbingan Ong Kim Swee sekali lagi akan merasai pengalaman menaiki Barracuda menuju ke stadium seperti mana ‘abang’ mereka tahun lepas.
Kerenah ribuan penyokong fanatik Indone- sia yang pastinya menjadikan Gelora Bung Karno kembali ‘bergelora’ malam ini setelah menjinakkan naib juara, Vietnam dengan ke- menangan 2-0 di separuh akhir kelmarin.
Begitupun, bekas pengendali Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah yakin dengan kredibiliti Kim Swee yang pastinya bijak menenangkan anak-anak buahnya supaya tidak tertekan dengan situasi itu nanti.
“Berdasarkan pemerhatian saya, pasukan yang mengambil bahagian pada kali ini dilihat tidak begitu kuat seperti mana ketika temasya di Laos dua tahun lalu terma- suk Indonesia.
“Justeru, saya yakin mereka mampu mengulangi sejarah mempertahankan emas bola sepak dengan keputusan jaringan 2-0,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Luahan Perasaan