Malaysia tewaskan Kemboja 4-1
Keputusan Penuh: Malaysia 4-1 Kemboja
PASUKAN bola sepak Sukan SEA bawah 23 tahun Malaysia mencatatkan kemenangan selesa ke atas Kemboja 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan A di Stadium Utama Gelora Bung Karno Jakarta, sebentar tadi.
Pada separuh masa pertama, pemain negara, Izzaq Faris Ramlan meletakkan Malaysia di depan seawal minit ketujuh selepas menanduk kemas hantaran rakan sepasukan.
Pada minit ke-35, ketua pasukan negara, Baddrol Bakhtiar merembat kencang dari jarak jauh bagi membolehkan pasukan Malaysia mendahului 2-0 sebelum menyumbatkan gol ketiga menerusi sepakan penalti pada minit ke-39.
Bagaimanapun, Malaysia dikejutkan hasil jaringan Kemboja pada minit ke-61 gara-gara kealpaan pemain pertahanan negara.
Pasukan Malaysia terus menunjukkan semangat juang tinggi selepas mendapatkan jaringan keempat pada minit ke-90 hasil lencongan cantik Wan Zaharulnizam Zakaria.
Bola Sepak Sukan SEA 2011: Malaysia vs Kemboja
Video: Malaysia 4-1 Kemboja | 1st Half Goals
Video: Malaysia 4-1 Kemboja | 2nd Half Goals
November 13, 2011 - 9:08 pm
tahniah pada malaysia. tinggal dengan indonesia pulakk..