Penyokong perlu profesional

Ultras MalayaMASANYA sudah untuk penyokong bola sepak tempatan bersikap profesional sejajar peningkatan kualiti bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata penyokong sentiasa berharap pemain bermain secara profesional ketika di padang, namun segelintir mereka juga tidak mampu berbuat demikian (bersikap profesional) apabila menonton di bangku stadium.

Ahmad Shabery berkata penonton di stadium perlu berkelakuan baik, termasuk menghormati lagu kebangsaan negara lain.

“Penyokong harus sedar, jika ada yang berkelakuan kasar, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang akan didenda, dan kemenangan pasukan negara boleh ditarik balik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang penyokong bola sepak tempatan, Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, yang buta mata kanan akibat terkena serpihan mercun dilempar penonton pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Singapura di Bukit Jalil, Khamis lalu.

Ahmad Shabery berkata pihak pengurusan stadium juga perlu meningkatkan kawalan keselamatan ketika sesuatu perlawanan berlangsung.

“Pihak keselamatan, bukan saja perlu berkawal di sekeliling padang, tapi juga di seluruh kawasan stadium supaya jika berlaku apa-apa, mereka boleh mengambil tindakan segera dan memberi pengajaran pada penonton yang lain,” katanya.

Selain itu, beliau berkata FAM perlu menimbang cadangan melantik pakar taktikal bagi membantu jurulatih Datuk K Rajagopal.

“FAM harus menerima pandangan tersebut secara terbuka demi kepentingan pasukan bola sepak negara,” katanya mengulas laporan sebuah akhbar yang mengemukakan cadangan itu berdasarkan temubual dengan beberapa ahli akademik tempatan.

Related Posts

2 Responses to Penyokong perlu profesional

  1. ye btol tu.. Saya sokong sgt2.. Saya ad pada malam tersebut..Penyokong pttnya behave.. Jgn nk memalukan malaysia dengan sikap tiada sivik itu.. Penyokong tingkat atas skali main baling2 botol tp bkn nya jatuh ke padang tp ke tmpt kami.. Dan yang paling LOSER pada malam itu adalah penyokong yang mngunakan laser.. Teruk btol.. Berubah lah wahai rakyat malaysia.. Majulah sukan untuk negara… Idop Harimau Malaya!!!!

  2. Gergasi merah jambu

    Akulah yg pakai laser hari tu, sb aku bodoh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>