WAKIL Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya, hari ini bersama wang kutipan dari Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.net) sebanyak RM2,170 bagi membayar kos mesyuarat Tataterbib FAM yang membabitkan Tan Sri Annuar Musa pada 4 April lalu.

Selepas dijatuhkan hukuman dua tahun enam bulan, badan induk bola sepak kebangsaan (FAM) itu mengarahkan Annuar membayar kos perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Annuar dalam entri akaun Facebook miliknya berkata, beliau dikehendaki membayar perbelanjaan tersebut yang berjumlah RM2,124.

“Baru buka emel dan menerima surat (daripada) Setiausaha Agung FAM mengenai hukuman yang dikenakan kepada saya, penggantungan dua tahun setengah.

“Saya juga dikehendaki bayar perbelanjaan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin (agaknya elaun-elaun jawatankuasa dan makan minum) berjumlah 2,124. Saya terima dengan redha dan akan bayar insya Allah,” tulis Annuar di laman facebooknya.

Penyokong Kelantan Bayar Duit Syiling Kepada FAM




coded by nessus

Main topics: Bola Sepak Malaysia, Video

Sub topics: , , , , , , , ,


Readers Comments (5)

  1. Abe Mat

    FAM kalu tak tahu malu lg aku tak tahu nak kato gapo doh.. Set2 ni nak urus bola ko nok urus mahkamah?

    Ya Allah, kau berikan hidayah kepada SU FAM yg “rupawan” itu agar beliau sedar diri beliau.. Termasuk tuanku presiden yg “tampan dn bijaksana” itu.. Amin..

     Reply
  2. Abe Mus

    Itu duit PAKR kelantan tak mau bayar sekali ke????

     Reply
  3. man laksa ori

    …………….hari ini dalam sejarah..kah3 FAM

     Reply
  4. cayrul

    FAM sendiri menjatuhkan pasukan Malaysia dan patut menerima duit syiling sebagai tanda rendah kedudukan FAM.

     Reply
  5. serebehwes

    bolasepak malaysia tak kemana nampaknya………..

     Reply