Azzuddin bangga dapat kepercayaan Presiden
SETELAH hampir enam tahun memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) bakal mengucapkan selamat tinggal kepada dunia bola sepak negara apabila memilih haluan baru sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), penghujung Mei depan.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Azzuddin yang mengakui, beliau bersedia melepaskan jawatan setelah namanya diusulkan oleh Presiden AFF, Sultan Ahmad Shah bagi mengisi jawatan yang ditinggalkan Datuk Seri Paul Mony Samuel.
“Saya cukup gembira dan bangga kerana Sultan Ahmad Shah selaku presiden telah mengusulkan nama saya untuk mengisi jawatan Setiausaha Agung AFF.
“Segala titah baginda saya akan ambil dengan penuh serius dan bersedia memberikan komitmen yang tinggi kepada AFF,” katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Eksekutif FAM kali ketujuh, semalam.
Bakal memulakan tugasan pada 1 Jun, Azzuddin menjelaskan sehingga tempoh itu, Setiausaha Agung FAM yang baru akan dilantik.
Sepanjang bersama FAM, beliau antara watak penting membantu kejayaan Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF kali pertama pada 2010 dan menamatkan kemarau 20 tahun pingat emas di Sukan SEA Laos 2009 serta memenanginya sekali lagi di Indonesia pada 2011.
Beliau pernah mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai pemain dan menyarung jersi negara sekitar 1970-an, selain menganggotai skuad yang muncul naib juara Pestabola Merdeka pada 1972.
Dalam perkembangan lain, Azzuddin mengesahkan FAM telah menghantar bidaan rasmi untuk menjadi penganjur kejohanan Piala Asia 2019.
- Utusan
April 11, 2013 - 11:24 am
aku tak bangga pu dapat bukan sebab merit presiden bawak golden boy
April 13, 2013 - 2:04 pm
Lau pencen lagi bagus…pencen tentera pun dah banyak kan…
April 14, 2013 - 8:20 pm
Anak beranak FAM juga.. kroni,namenya bila nak maju bolasepak ni.. sepatutnya hilang terus dari bola.. pergi le bertaubat.. selagi masih ada nafas… patut le ATM menang.. pasal ni sebenarnya Waris ATM dam FAM… rosak bolasepak..
April 16, 2013 - 1:48 pm
dh x de org dh…x de madu sepah pn jadilah
April 16, 2013 - 4:04 pm
Tak kemana MU…judin…..bawalah semangat pilih kasih….tu!!!!