Hanya satu anugerah Pemain Terbaik Dunia

  • FIFA, Majalah France Football setuju gabungkan anugerah Pemain Terbaik FIFA dan Pemain Terbaik Eropah
  • Wartawan, penulis bola sepak turut dilantik sebagai juri penilai bersama jurulatih, kapten pasukan kebangsaan

BUAT julung kalinya, anugerah FIFA Ballon d’Or atau Bola Emas FIFA akan diadakan Januari depan setelah badan induk bola sepak dunia FIFA dan majalah tersohor France Football menggabungkan anugerah masing-masing iaitu Pemain Terbaik Dunia FIFA dan Pemain Terbaik Eropah.

Daripada ratusan pemain berpotensi, panel penilai telah menyenarai pendek kepada 23 calon dan sebuah jawatankuasa khas akan menilai undian juri antarabangsa terdiri daripada jurulatih kebangsaan dan kapten setiap negara anggota FIFA.

Selaras dengan penggabungan anugerah paling berprestij itu wartawan serta penulis bola sepak dari seluruh dunia turut dilantik sebagai juri untuk memilih siapa bakal dinobat sebagai Pemain Terbaik Dunia 2010.

Senarai pendek tiga calon utama akan diumumkan di Paris pada 6 Disember depan sebelum keputusan siapa bakal dinobat Pemain Terbaik Dunia 2010 bakal diumumkan pada satu majlis khas Januari tahun depan.

Juara Dunia, Sepanyol mendominasi senarai calon dengan tujuh pemainnya tersenarai untuk anugerah tahunan itu.

Dari segi posisi pemain, dua penjaga gol dan empat pemain pertahanan turut tersenarai di kalangan 23 pemain terbaik.

Iker Casillas (Real Madrid, Sepanyol) dan Julio Cesar (Inter Milan, Brazil) merupakan dua penjaga gol terbaik dunia ketika ini yang disenarai untuk merebut anugerah Pemain Terbaik Dunia 2010 bersama-sama penyerang-penyerang berkaliber lain.

Pemain Terbaik Dunia 2009, Lionel Messi dan Pemain Terbaik Piala Dunia 2010, Diego Forlan antara calon utama yang dijangka akan disenarai pendek bersama penjaring gol perlawanan akhir Piala Dunia 2010, Andres Iniesta.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>