Kedah makin tertekan elak tersingkir
Skuad Kedah FA 2012
KEDAH kembali dihimpit tekanan untuk mengelak daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan selepas tewas di gelanggang sendiri kepada Negeri Sembilan pada Sabtu.
Hasrat pasukan Hijau Kuning untuk mengutip mata penuh berkecai selepas dikecewakan oleh skuad Jang dengan keputusan 2-0.
Kekalahan itu menyebabkan skuad Kenari terus berdepan tekanan bagi memastikan misi mencari keputusan terbaik pada baki dua perlawanan Liga Super menentang Perak dan Felda United.
Kedah akan berdepan Perak malam esok sebelum mengakhiri saingan Liga Super 2012 menentang Felda United Sabtu ini.
Jika Kedah gagal memperbaiki persembahan mereka, pasukan Hijau Kuning mungkin terjerumus ke Liga Perdana musim depan.
Penolong jurulatih Kedah, Radzi Md Din berkata pasukan itu menghadapi satu pengalaman yang cukup perit sekiranya tersingkir ke Liga Perdana musim depan.
Katanya, kecederaan yang membelenggu pemain termasuk tonggak utama seperti Amar Rohidan dan Vedran Gerc nyata menyukarkan misi Kedah untuk mengutip mata penuh pada baki dua perlawanan terakhir.
Justeru Radhi mengharapkan kKehadiran semula Mohd Khyril Muhymeen selepas digantung perlawanan mampu merealisasikan harapan mencapai keputusan terbaik pada perlawanan berkenaan.
July 9, 2012 - 9:26 pm
Tu la pasukan negeri mcm Kedah etc kalau main dgn kelantan bersungguh sangat. Tapi kalau dgn pasukan lain lu fikir sendiri. Hebatnya kalau memang dgn kelantan. Now tengok kemungkinan besar Kedah turun ke Liga Perdana. Wan Jamak kena letak jawatan.
July 9, 2012 - 10:33 pm
jangan takut,baki 2 plawanan ni kedah mesti menang punya….
July 11, 2012 - 3:19 pm
Aku heran, ramai jugak pemain kebangsaan dari team kedah, kapten Malaysia Badrol Iktiar pun ada main dgn kedah…tapi bila main dengan team negeri, hampeh semua..