Prestasi Harimau Malaya mengecewakan - Tengku Abdullah

Datuk K Rajagopal

Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bagaikan sudah letih melihat kekalahan demi kekalahan dialami skuad kendalian Datuk K Rajagobal yang dibelasah Shonan Bellmare 5-0 kelmarin dan mahukan pasukan lebih mantap dipilih bertemu Barcelona 10 Ogos ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu mahu jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menumpukan perhatian kepada usaha memantapkan pemain kesebelasan utama negara daripada melakukan eksperimen terhadap skuad bola sepak kebangsaan.

Baginda berkata, jurulatih itu sewajarnya menurunkan semua pemain terbaik dalam perlawanan penting agar persefahaman antara pemain dapat dimantapkan sekali gus meraih kejayaan.

“Sepatutnya kini bukan lagi waktu sesuai untuk jurulatih terus melakukan eksperimen. Kalau terus bereksperimen, sampai bila kita mahu mendapatkan keserasian antara pemain.

“Jadi, saya harap Rajagobal dapat membuat memilih pemain yang terbaik menjelang perlawanan kelab Barcelona pada 10 Ogos depan,” katanya.

Baginda berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Khatam al-Quran Rakan Muda Ramadan Peringkat negeri di Masjid Kampung Pandan 2, dekat sini, semalam.

Tengku Abdullah berkata, prestasi pasukan kebangsaan ketika aksi persahabatan sejak kebelakangan ini dilihat amat mengecewakan dan sesuatu perlu dilakukan segera bagi mengatasi masalah itu.

“Saya pun tidak pasti kenapa aksi pasukan kita sejak kebelakangan ini seolah-olah tidak menjadi. Saya rasa K. Rajagobal kena pastikan kesebelasan pilihan beliau sekarang dan mula mencari persefahaman serta keserasian di antara pemain dipilihnya itu.

“Beliau pun ada strateginya dan kalau tengok pada aksi menentang Chelsea… memang K.Rajagobal masih banyak mencuba pemain. Tapi, apabila beraksi dalam permainan bertaraf tinggi, kita perlu ada pemain utama dan jika mahu lakukan eksperimen… kena buat sebelum itu,” katanya.

Aksi pasukan Harimau Malaya terus menjadi tumpuan selepas mempamerkan persembahan mengecewakan pada perlawanan persahabatan menentang Chelsea Isnin lalu.

Dalam aksi persahabatan di Jepun pula, skuad bimbingan K Rajagobal tewas 0-2 pada perlawanan pertama menentang kelab Divisyen Satu, Shimizu Pulse, Khamis lalu, sebelum sekali lagi diaibkan apabila tunduk 0-5 pada aksi menentang satu lagi kelab Divisyen Satu Liga Jepun, Shonan Bellmare.

Related Posts

5 Responses to Prestasi Harimau Malaya mengecewakan - Tengku Abdullah

  1. Harimau tengah posa…..tgh pikio baju raye juga..

  2. baru tahu ke bukan dah 1 tahun lebih asik kalah kenapa baru sekarang nak bersuara

  3. ni la bila org yg btl n tahu psl sukan bersuara …kenakan di tidakan tatatertib..klau drp tahun lpas lgi ambil berat dgn apa yg THAM ckp n ambil tndakan tentu smua ni tk ada masalah….pengerusi cuma boneka kt atas…apa su ckp(ampu)semua telan…nasi dah menjadi taikk.bkn salah rajagopal saja…tpi semua….

  4. Kalau kecewa kenapa tak buang jee …. Rajagopal urus kan gerenti fail … Kalau coach lain belum tentu lagi …. Kalau fail tak rugi pun kerana sama macam gopal jugak … Tapi kalau improve baru kamu faham semua org FAM tuuu bodoh diperbodohkan oleh judin, presiden, dan semua exco bodoh bodoh belaka.

  5. FAM patut dirombak….kalau serius nk tgk mutu bolasepak Malaysia meningkat…byk sgt tangan2 kotor dan penjilat2 bontot yg berlagak pandai…padahal tidak membuat sesuatu pun utk meningkatkan mutu bolasepak negara…they really kill our football

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>