FAM buat pusingan ‘U’, format Piala Malaysia 2013 kekal 16 pasukan
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat pusingan ‘U’ apabila menetapkan jumlah pasukan bersaing Piala Malaysia 2013 hingga 2016 dikekalkan kepada 16 pasukan walaupun sebelum ini mengumumkan ia membuka kepada semua 24 pasukan yang bertanding dalam Liga Super dan Perdana.
Hamidin turut mengulangi amaran kepada mana-mana pasukan yang masih mempunyai masalah tunggakan gaji tidak akan dibenarkan beraksi dalam Liga Malaysia musim depan seandainya gagal menyelesaikannya menjelang 23 November yang menjadi tarikh akhir pendaftaran pasukan.
Difahamkan terdapat dua atau tiga kes masih belum diselesaikan sehingga kini dengan lima kes sudah berjaya diselesaikan.
Pemain import yang menghiasi kancah bola sepak tempatan musim ini turut berpeluang terus beraksi di negara ini apabila FAM memutuskan untuk menghapuskan ‘cooling period’ namun kuota awang import masih dikekalkan kepada dua pemain serta empat pemain untuk pasukan yang beraksi di Piala AFC.
“Mereka perlu mematuhi segala syarat ditetapkan seperti pemain yang berasal dari benua Asia dan Oceania mestilah beraksi di liga utama negara terbabit,” katanya.
Antara keputusan lain yang diambil ialah penolong jurulatih mesti mempunyai lesen A, lampu stadium yang perlu mencapai 1000 lux bermula musim depan, saingan musim 2014 akan berlangsung dalam bulan puasa selain saingan Piala Pestabola Merdeka akan berlangsung pada 19 hingga 31 Oktober.
October 9, 2012 - 4:07 pm
FAM memang bodoh………..plg bodoh presiden dia tua nak mampuss x sedar diri………..