FAM siasat Rajagobal


Malaysia 1-4 Arab Saudi | International Friendly

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melihat ada sebab untuk Datuk K Rajagobal disoal siasat gara-gara ‘terlepas cakap’ mengkritik dasar badan induk itu membenarkan pemain import beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Faktor itu dikaitkan sebagai punca skuad Harimau Malaya tewas kepada Arab Saudi, Ahad lalu.

Tarikh ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib untuk mengkaji sama ada wujud kes ke atas ketua jurulatih itu adalah pada 27 atau 28 Mac ini selepas mesyuarat jawatankuasa berkenaan tidak sempat meneliti sepenuhnya komen Rajagobal mengenai topik ‘tiada penyerang’ itu ketika menumpu kepada kes pergaduhan pemain Selangor dan Tentera, semalam.

“Perkara itu (komen Rajagobal) kita tengok sepintas lalu saja tadi (semalam) sebab sudah terlampau lambat (mesyuarat lebih tiga jam). Mungkin ia akan dibawa ke mesyuarat seterusnya.

“Ada kes atau tidak, itu jawatankuasa tatatertib akan putus terlebih dahulu sebelum tindakan susulan dibuat,” kata Penolong Setiausaha Agung FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang semalam.

Rajagobal pada sidang media selepas perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Arab Saudi, Ahad lalu berkata, skuad negara ketiadaan penyerang berkualiti dalam saingan liga.

Tambahnya, sudah tidak ada lagi pemain seperti Safee Sali yang mampu bertindak sebagai penyerang sejak dua tahun lalu.

Namun pengurus Harimau Malaya, Datuk Subahan Kamal mempertahankan tindakan Rajagobal yang berkata, sebagai jurulatih, beliau berhak memberi pandangan.

“Bukan Datuk Rajagobal sahaja, saya sendiri pun tidak selesa (isu ketiadaan penyerang) kerana kita mempunyai ramai pemain berbakat tetapi ketandusan penyerang berkualiti.

“Namun saya rasa kenyataan Rajagobal tidak melanggar Artikel 88,” katanya.

Related Posts

4 Responses to FAM siasat Rajagobal

  1. aii.macam tu la plakk..

  2. PERSATUAN DEWA2 TERTOLOL..

  3. no komen………

  4. Pingback: Tanggungjawab Rajagobal mantapkan kemahiran pemain - Tengku Abdullah | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>