Kritik pengadil: FAM belum cukup bukti sabitkan kesalahan TMJ
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Khamis mengelak daripada mendedahkan hukuman terhadap Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengkritik mutu pengadilan bola sepak negara.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata setelah diteliti, anggota jawatankuasa yang bersidang hari ini tidak dapat mengumumkan tindakan yang bakal diambil terhadap baginda kerana bimbang ia bakal disalah tafsirkan.
“Kita perlu menunggu jawapan daripada pihak berkaitan dalam beberapa perkara terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan kira-kira empat jam mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya di sini.
Taufek berkata pihaknya perlu mengumpul bukti yang lebih jelas seperti rakaman video kerana setakat ini, siasatan dibuat berdasarkan laporan media cetak tempatan.
Beliau memberi jaminan bahawa FAM akan mengumumkan perkara tersebut tidak lama lagi.
“Ia tidak lama lagi…selepas selesai kita akan umum bagi mendapat keputusan yang terbaik,” katanya.
Taufek berkata beliau juga tidak dapat mengulas lanjut sama ada TMJ disiasat kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM atau pun peratuan lain yang terkandung dalam Perlembagaan FAM. — Bernama
February 28, 2013 - 10:38 pm
konpem…..
February 28, 2013 - 11:04 pm
Sebab kerabat diraja tu yang takut…kalaulah org biasa kompom dah kene….
February 28, 2013 - 11:39 pm
harap2 tmj buat komen kali ke 2 dalam youtube nak tengok beruk 2 FAM ada berani tak…..
March 1, 2013 - 7:37 am
kiter tengok kali nie saper yang kena…
March 1, 2013 - 7:51 am
Memang double standard. Jahanam fam!
March 1, 2013 - 8:09 am
Hah, tau takut. Pasni bole la bg tmj kritik depan2. Semua persatuan gunekn tmj sbg suara. Terkucil fam. wkwkwkw
March 1, 2013 - 9:19 am
PENYOKONG bola dah tahu jawapan sebelum FAM bersidang
March 1, 2013 - 9:43 am
den dah dapat pinjam keta Mustang dan Dodge Challenger dia… so *wink*.. eh ada pula berita kat sokernet nih…
March 2, 2013 - 12:15 am
bukti mende lagi. satu malaysia termasuk rakyat malaysia luar negara pun tahu komen tmj tu. kelakor memang kelakor gile fam. waris sultan johor tu, sah tak ambil tindakan.ha ha.kalu dato anuar, kafa, pbsnt sohehh tak sabor nak bersidang. tak payah tengok video,tape dan lain lain.
March 2, 2013 - 12:18 am
kawang pun takut nak kritik fam ni tak pasal pasal kena 30 bulan.kalu kelantan , teganu. meleleh air liur fam nak tambah kantung
March 3, 2013 - 12:03 am
Itu baru Tmj yg tegur blm Sultan lg .Yg betul tetap betul yg trsalah & tetsilap tu perbetulkn dulu ,teguran menbina utk kebaikan bersama mutu pengadilan dimasa akn dtg .
March 30, 2013 - 2:29 am
kita reject je referee malaysia ni… xpernah ada peningkatan… ambik je referee luar… baru la xder bias.
March 6, 2013 - 9:53 am
AKU DAH KABO FAM PENGECUT SAPA BATU #$%&* ..BANGSAT …KALAU HAMBA ABDI DAH LAMA MENYUSUL DENDAAAAA…PALING FAM ANTI TSHAM SILAP SKIT DENDA..TEAM KORANG BEDAL PENGADIL PUN X PE..BALING MERCUN X PE..KEJOR POLIS PUN X PE..BUAT SESUKA ATI FAM X NAPOK KESALAHAN TU…DEME JANGAN RUNSING KOMPON X KENE DENDA…MAKOR YOB.
March 7, 2013 - 10:34 am
bukti satu malaysia dah tahu,,tmj buat sidang media..fam..bangang
March 30, 2013 - 2:27 am
selain mengimport player luar untuk meningkatkan mutu bola sepak di malaysia, apakata kalau kita import juga referee luar untuk tingkatkan mutu pengadilan bola sepak malaysia… tengok teruk betul mutu pengadilan bola sepak malaysia ni.. sama teruk ngan FAM jugak.
March 31, 2013 - 10:16 pm
betul lah hak tmj kata pengadil malaysia lemah. tegok pengadil ketika selangor vs atm. pengadil salah kad merah. arah pemain keluar. lepas itu panggil balik