PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyifatkan kontroversi yang melanda penjaga gol utamanya, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek merupakan sebahagian daripada proses mematangkan pemain berkenaan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, penjaga gol No. 1 negara itu perlu diberikan peluang secukupnya untuk dia kembali ke kehidupan yang sebenar.

“Apek sedang melalui satu proses di mana beliau sedang menempuhi tempoh masa yang akan mematangkan diri beliau sendiri. Sebab itu kita kena bagi ruang secukup-cukupnya kepadanya untuk kembali ke landasan kehidupan sebenarnya.

“Kita kena akui dia menjadi popular dalam masa yang singkat dan segala tindak-tanduknya mendapat perhatian ramai termasuk orang-orang muda,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kontroversi yang melanda pengaja gol terbaik Asia itu.

Kosmo! semalam melaporkan seorang pemilik butik, Nur Eilunie Natasha Nazri, 21, atau Leuniey tampil menafikan ada hubungan dengan Apek.

Malah, gadis berkulit putih itu turut menafikan sekeras-kerasnya bahawa tonggak utama pasukan bola sepak Kelantan itu menjadi punca dia memutuskan ikatan pertunangan dengan anak seorang usahawan batik di negeri ini.

Annuar memberitahu, beliau percaya segala kontroversi yang melanda penjaga gol berusia 23 itu sebelum ini tidak bermaksud mempunyai niat yang tidak baik memandangkan Apek bukanlah seorang individu yang memberi masalah sama ada di luar mahu pun di dalam padang. — Kosmo

Nora Danish simpati nasib Apek

Pelakon Nora Danish Mohd. Hanif, 29, melahirkan rasa simpati dengan nasib pemain bola sepak kacak, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek, 23, kerana sering dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuk dirinya.

Nora juga menafikan dakwaan dia dan Apek saling berbalas pesanan di Twitter atau Facebook dan pernah keluar bertemu janji.

“Saya simpati dengan nasib dia (Apek) kerana sering sahaja dikaitkan mempunyai hubungan dengan ramai wanita termasuklah saya.

“Satu demi satu cerita mengenai dia dengan beberapa wanita keluar tetapi semua berita tersebut tidak benar dan nampak sangat ada orang yang cuba menjatuhkan dia,” katanya.

Kosmo! pada Ahad, 5 Februari lepas pernah melaporkan di ruangan gosip Diva mengenai Nora dan Apek pernah bertemu dan berkenalan.

Berita ini juga boleh merosakkan reputasi dia sebagai pemain bola sepak yang bagus.

“Berita mengenai saya saling berbalas Twitter dan mesej di Facebook Apek juga tidak benar. Saya cuma bangga dan menghormati dia sebagai pemain bola sepak yang bagus,” ujarnya.




coded by nessus

Main topics: Bola Sepak Malaysia

Sub topics: , , , , ,


Readers Comments (0)