Kes Amri-Ghaddar: KAFA kemuka aduan rasmi kepada FAM

Amri Yahyah vs Ghaddar

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA), semalam, membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai kekasaran melampau yang dilakukan dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Bunyamin Omar ke atas pemain importnya, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga Super, 29 Jun lalu.

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut daripada badan induk bola sepak itu.

“Surat aduan berserta klip video perlawanan dihantar kepada FAM tadi (semalam) selepas kami mengumpul bahan bukti dan membuat analisis. Kini terpulang kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka kertas dakwaan atau tidak,” katanya.

Dalam aksi 29 Jun lalu, dua pemain Selangor, Mohd Amri Yahyah dan Mohd Bunyamin Umar didakwa melakukan kekasaran terhadap penyerang import Kelantan, Mohd Ghaddar, namun gagal dikesan oleh pegawai perlawanan yang bertugas pada malam berkenaan.

KAFA telah berurusan dengan Astro bagi membuktikan secara tepat insiden sebenar yang berlaku pada malam perlawanan berkenaan selain menghantar surat aduan terhadap kelakuan dua pemain Selangor itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Azman yang juga pengurus pasukan berkata, selepas video dan surat aduan dihantar kepada FAM, pihaknya berharap badan induk bola sepak itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua pemain terbabit yang mempamerkan kekerasan melampau ketika perlawanan.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

12 Responses to Kes Amri-Ghaddar: KAFA kemuka aduan rasmi kepada FAM

  1. Dua2 tak bersalah sebab gaddar provoke dulu. Pastu bukti dari pihak ke3 takleh pakai…takde bukti kukuh….hehe

    • Undang2 mana hang pakai ni? Kalu org provok bermakna kita boleh pukul org lah? Pigidah…

      • Undeng2 sapa lagi…undeng FAM la. Bukan tak biase… itu pasal kita orang tak protest itu Myammar punya kes. Kenape? Tak percaye?

        • Nazli Sayang Syuq

          ada bukti ke Ghaddar provoke dulu?
          silakan kemukan bidio…
          KAH KAH KAH

          • Coach Selangor cakap bodoh.Dia kata amri beritahu ghaddar kata fuck your mom.Orang timor tengah tak guna bahasa macam tu.Itu sama alasan zidane beri bila dia kena buang masa world cup final dulu.Kawan mengaku saja tak dapat kawal diri dan minta maaf aja.Tak payah lah buat dosa dengan membohong.

  2. republic besut

    xde gaya nye fam nk lyn klu kelate buat aduan !!!
    Kite sume almaklum kan,,fam meme dasar antikelate,,tgk laa nty xde ape2 tindakan punye
    taufik(unit disiplin) kan meme satu geng same dengang azzuddin keparak,,psty azzuddin dh kasi warning awl2 spaye jangang layang aduan kelate,,,azzuddin,taufik n hamidin kan orang slengor,,xkan dia nk biarkan orang dia sendirri dhukum oleh sesame sendiri,,
    semua dh thu kan,,dh ini meme dasar kepimpinan fam dari atas hingga bawahan dibawah tua allien kutuk !!!!!! Jangang harap laa kite pada kepimpinan ini,,xkan kemane pon,,,
    meme kelate dianaktirikan sampai bilo2 jwbnye,,,selagi tua kutuk bermaharajalela gak !!!

  3. FAM n team negeri lain buat la.. byk2 bagi susoh kt kelate… org kelate da byk saba da.. jgn sampy penyokong kelate turun padang la…

  4. Walau pun pahit, tapi aku rasa pendapat kawan2 spt FAMke dan republic besut di atas itu ada logiknya. FAM yang kita “marah” ialah FAM yang berwajahkan Sultan Pahang tetapi berbadankan orang2 yang berkaitan dengan FA Selangor atau berasal dari Selangor atau mempunyai kepentingan dengan Selangor atau mudahnya, dengan orang2 Selangor yang berkepentingan diri sendiri (baik dalam bolasepak atau perniagaan) dan tiada pun wawasan untuk mensejahterakan bolasepak untuk seluruh negara. Oleh kerana FAM dikuasai oleh insan2 berkepala besar tetapi berhati kecil, maka kemungkinan besar kes ini akan dibuang dalam tong sampah oleh JK Tatatertib yang juga terdiri daripada orang-orang Selangor…… (aku bukan anti Negeri Selangor oii jangan buat2 salah faham. Aku anti insan2 keparat yang berwajah huduh tetapi memakai topeng comel Siti Nurhaliza)

  5. NASIRUDDIN BIN MUHAMMAD

    ghadar x bsalahhh…
    amri meme g2 dh…
    mklum la selangor nk kalah doh

  6. dua2 xsalah, FAM yg mangkaq, wat undang2 toya, lpas tu xreti nak handle.. isu mcm nie pun FAM dah bengong.. apa lg isu msia dgn myanmar.. :(

  7. m.ghaddar tk salah…amri tu je…tiba-tiba dtg trus kasi tumbuk kt ghaddar…apasal??? ghaddar tu spanjang permainan dia nampak sabar jer…tak mcm amri yg suka putar belit kan keadaan…:/

  8. kan nmpk jelas dah .. Ghaddar yg sengaja pijak kaki amri tuu apekehalllll nye yobbbb??? kahkahkah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>