FINAL Copa del Rey: Real Madrid vs Barcelona
3.30 am 20 April 2011, Stadium Mestalla, Valencia
JOSE Mourinho perlu mencari taktik terbaik ketika dia berusaha untuk memenangi trofi pertama buat Real Madrid sejak menjadi jurulatih kelab itu menjelang perlawanan akhir Piala Raja Sepanyol menentang Barcelona di Stadium Mestalla, awal pagi nanti.
Jurulatih dari Portugal yang begitu berkarisma itu berjaya membawa pasukannya mencatat keputusan seri 1-1 menentang pasukan yang sama, tetapi bakal menggunakan pendekatan yang lebih berhati-hati.
Pasukan bimbingan Mourinho berjaya menjaringkan gol penyamaan di Bernabeu Sabtu lalu selepas ketinggalan, seterusnya memberikan kekecewaan buat Barca yang cuba mencatat kemenangan keenam ke atas Real daripada enam perlawanan.
Ia juga berjaya mengelak daripada ulangan perlawanan memalukan selepas mereka kalah 0-5 ke atas Barca dalam perlawanan pertama di Nou Camp November lalu.
Keputusan Mourinho meletakkan Pepe dari posisi pertahanan tengah ke bahagian tengah bersama dua pemain tengah lain, adalah perubahan besar yang dilakukan pada Sabtu lalu dan pemain yang terpaksa dikorbankan ialah Mesut Ozil.
Bagaimanapun pemain lincah Jerman itu berjaya mengubah perlawanan dengan larian pantas dan hantaran tepat selepas dia dibawa masuk sebagai pemain gantian dan berkemungkinan Mourinho akan menurunkannya dalam kesebelasan utama.
Pemain pertahanan, Raul Albiol digantung perlawanan selepas menerima kad merah hujung minggu lalu dan ini bermakna Sergio Ramos akan diletakkan di bahagian pemain pertahanan tengah bersama Ricardo Carvalho.
Ketika peluang untuk meraih kejuaraan liga agak sukar, Real berpeluang untuk meraih piala pertama sejak 2008 dengan meraih Piala Raja Sepanyol selepas kali terakhir diraih pada 1993 dan mereka juga akan bertemu Barca dalam perlawanan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara minggu depan.
Guardiola, yang memenangi Piala Raja Sepanyol ketika Barca mencatat kejuaraan treble pada 2009, masih lagi berpeluang untuk melakukan treble dan tidak mungkin akan mengubah formula yang diguna pakai sekarang.
Pemain tengah Argentina, Javier Mascherano kembali dapat beraksi selepas digantung perlawanan dan mampu menampung kekosongan pertahanan tengah apabila Carles Puyol mengalami kecederaan paha.
Related posts
- Barcelona, Real Madrid jumpa di final
- Video Real Madrid vs Barcelona [December 2011]
- Tenerife 0-5 Barcelona: Messi hat-trick sends Barrca top
- Video Chelsea 1-0 Barcelona [UEFA Champions League 2011/2012] Semi Final 1st Leg
- Video: Shakhtar Donetsk 0-1 Barcelona
- Video Barcelona 2-2 Real Madrid [Copa del Rey 2012]
- Sevilla shock Barcelona in King's Cup
- El Clasico: Messi 2, Ronaldo 2
- Real Madrid juara Piala Raja Sepanyol 2011
- Gol Terpantas Sukan Olimpik [Brazil vs Mexico] Oribe Peralta
Main topics: Liga Sepanyol
Sub topics: Barcelona, Barcelona vs Real Madrid, Copa del Rey, Final, Piala Raja Sepanyol, Real Madrid, Real Madrid vs Barcelona