Saya cuma ganti pemain, bukan bereksperimen - Rajagobal
Rajagobal menepis tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa beliau kerap ‘bereksperimen’ sehingga Harimau Malaya gagal meraih keputusan yang diharapkan.
Menurutnya, situasi itu berlaku atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
“Ia bukan eksperimen tetapi hanya perubahan setelah beberapa pemain mengalami kecederaan atau tidak menepati piawaian saya dan saya perlu menggantikan tempat mereka.
“Saya yakin pasukan ini akan lebih bersemangat untuk mengharungi baki tiga perlawanan terutama aksi bertemu Bahrain di Manama pada 15 November depan,” jelasnya.
Mengulas lanjut pertemuan menentang Bahrain kelmarin, Rajagobal berkata, anak-anak buahnya tetap menampilkan watak garang walaupun turun tanpa kesebelasan utama.
Gol Norshahrul Idlan Talaha
“Saya rasa perlawanan ini (kelmarin) merupakan yang terbaik oleh pasukan negara pada kelayakan Piala Asia 2015 setakat ini.
“Selain itu, pencapaian empat mata (yang diraih ketika ini) juga merupakan yang terbaik pernah dicapai oleh pasukan negara dalam kempen kelayakan Piala Asia.
“Para pemain yang diberi peluang beraksi telah memberikan komitmen sepenuhnya.
“Kita perlu tanamkan dalam fikiran untuk terus positif dalam menghadapi tiga baki perlawanan selepas ini,” kata Rajagobal.
Sementara itu, jurulatih Bahrain, Anthony Hudson berkata, beliau kecewa kerana pasukannya gagal mencuri tiga mata berharga di Shah Alam.
“Kami tidak turun dengan kekuatan sebenar kerana ramai pemain utama yang cedera dan kepenatan.
“Kami sangat kecewa kerana gagal mengutip tiga mata dan kami pasti lebih bersedia untuk aksi pada November nanti,” kata Hudson.
October 18, 2013 - 4:01 pm
Kalau tak bereksperimen pun tapi taktik merapu & winger pun cross merapu walaupn lari kencang, ape ke bende nye?