ATM keluarkan 10,400 tiket berharga RM20, RM30


ATM vs Kelantan | Piala Malaysia 2013

Kehangatan perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia antara Tentera menentang Kelantan di Stadium Selayang kian dirasai dan penyokong kedua-dua pasukan yang tidak mahu terlepas menyaksikan aksi getir itu boleh mendapatkan tiket masing-masing yang mula dijual mulai jam 9 pagi esok.

Presiden Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (PBAT), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, sebanyak 10,400 tiket akan dijual dengan sejumlah 3,000 tiket diperuntukkan kepada penyokong Tentera manakala bakinya dijual kepada masyarakat umum termasuk penyokong Kelantan.

“Jualan tiket bermula 9 pagi Jumaat ini di Stadium MP Selayang manakala tiket bagi penyokong Tentera akan dijual di markas-markas Tentera sekitar Lembah Klang pada hari dan masa yang sama,” katanya pada sidang media semalam.

Zulkifeli, yang juga Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), berkata anggota tentera tidak dibenarkan membeli tiket yang diperuntukkan kepada masyarakat umum di stadium perlawanan.

Harga tiket untuk tempat duduk biasa dan grandstand masing-masing ditetapkan pada RM20 dan RM30.

Skrin gergasi

“Bagi mereka yang tidak sempat membeli tiket, kita akan sediakan dua skrin gergasi di sekitar stadium untuk membolehkan mereka mengikuti perlawanan itu,” kata Zulkifeli.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar, yang turut hadir pada sidang media itu, berkata kira-kira 1,000 anggota polis akan mengawal keselamatan di samping memastikan keadaan trafik terkawal.

“Kita minta semua penyokong yang hadir supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa termasuk tidak membawa sebarang bahan larangan seperti mercun dan suar,” katanya.

Related Posts

5 Responses to ATM keluarkan 10,400 tiket berharga RM20, RM30

  1. Kalau baki 7400 tu utk masyarakat umum dan penyokong TRW, seat tu nak asing camna nnt kalau masyarakat umum tu dtg sokong ATM?? Berbelit2… Kan senang kalau cakap, 3000 utk penyokong ATM, 7400 utk penyokong TRW. Jgn masa perlawanan kecoh masa Pahang lawan JDT sudahla. Last2 perlawanan ditunda, kemudian buat kt stadium s.alam! Sblm ni nk tukar stadium kemudian tarik balik. Kecoh betul la ATM!!

  2. kat england semi final fa cup pun main kat wembaly

  3. 10 ribu aku rasa sikit sangat untuk 2 team yang gah macam ni

    • Aku pun rasa sikit sgt. Stadium tu kan boleh muat 20,000. Takkan sampai separuh kena kosongkan. Ke ada pakatan tersembunyi?? Sblm ni pernah kalahkan TRW di ssmiv. Patutnya, takde dah rasa takut wp berhadapan ramai penyokong lawan. Tp awal2 lg dh kecut. Lawak tul.

      • Pihak keselamatan 1000 utk dorg lepak tgk game,yg baki tu utk jin dan setan2 join sekali. Jin dan setan dari gua bukit batu caves pun nk tgk la dgn patung ongbak tu sekali..korang tak tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>