Hartawan Indonesia beli Inter Milan

Inter Milan

Hartawan Indonesia, Erick Thohir menandatangani pembelian majoriti saham gergasi bola sepak Itali, Inter Milan, sekali gus menjadikannya orang luar kedua memiliki kelab Serie A.

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Inter, Massimo Moratti semalam.

“Semuanya sudah ditandatangani. Saya percaya, satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan tidak lama lagi,” kata Moratti.

Thohir difahamkan membeli 70 peratus daripada saham kelab tersebut yang bernilai 350 juta euro (RM1.5 bilion).

Kelab Serie A pertama yang dimiliki oleh orang luar adalah AS Roma, yang diambil alih kumpulan perniagaan dari Boston pada 2011.

Thohir merupakan pemilik bersama kelab Liga Bola sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, Philadelphia 76ers dan D.C. United.

Bagaimanapun tiada pengesahan sama ada Moratti, yang bersama kelab sejak 1995 akan kekal sebagai Presiden atau tidak.

Inter merupakan gergasi bola sepak Itali yang telah memenangi 18 kejuaraan Serie A dan tiga Piala Eropah.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>