Yuran perpindahan RM1 juta menyalahi peraturan FAM
PERSATUAN Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memutuskan tidak akan melayan permintaan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang menuntut RM1 juta bagi menebus kontrak penyerangnya, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo.
Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkata nilai itu terlalu tinggi dan menyalahi peraturan yang ditetapkan Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).
Beliau berkata, peraturan badan induk bola sepak negara itu jelas menyatakan jumlah yuran perpindahan yang perlu dibayar oleh mana-mana pasukan untuk mendapatkan khidmat pemain yang masih ada baki kontrak adalah lebih rendah daripada RM1 juta.
- Kontrak mengikut klausa
“Kita tawarkan kontrak mengikut klausa yang ditetapkan FAM dan tidak sama sekali membelakanginya.
“Apapun saya menunggu reaksi KAFA dan tidak mahu isu itu berpanjangan. Saya tegaskan betapa PBNJ tidak akan melayan permintaan KAFA berhubung isu menebus kontrak pemain itu,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani kontrak pemain Johor untuk musim depan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bukit Timbalan di sini, semalam.
Pada majlis itu turut diumumkan nama baru Johor FA iaitu Johor United yang beraksi di Liga Perdana pada musim depan.
- Mat Yo, KAFA kena selesai sendiri’
Tunku Ismail berkata, kini terpulang kepada KAFA dan Mat Yo sendiri untuk menyelesaikan isu tebus kontrak.
“PBNJ hanya akan menyusul selepas segala urusan antara KAFA dan pemain itu selesai,” katanya.
Beliau berkata, PBNJ tidak akan memaksa Mat Yo untuk menyertai skuad Harimau Selatan, sebaliknya menyerahkan budi bicara Pemain Paling Bernilai 2012 itu membuat keputusan mengenai masa depannya.
“Kita tidak memaksa Mat Yo dan terpulang kepadanya untuk memutuskan sama ada kekal bersama Kelantan atau menyertai Johor.
“Apapun sebagai pemain bola sepak profesional dia perlu buat keputusan bijak demi masa depannya,” katanya.
Beliau berkata, PBNJ menawarkan gaji berdasarkan kepada prestasinya, selain statusnya sebagai Pemain Paling Bernilai untuk tiga tahun berturut-turut.
Sementara itu, Muslim Ahmad (Terengganu), Afiq Kamaruddin (Sime Darby) dan beberapa pemain baru menandatangani kontrak untuk beraksi dengan Johor musim depan manakala Nurul Azwan Roya (Kelantan) dan Safiq Rahim (Selangor) dijangka menyusul kemudian. — Berita Harian
November 3, 2012 - 6:23 pm
fam ni klo bab jtuhkn dnda kt org xde plak limit ny..duit xmsuk kntung diorg la tu sbb tu cipta law ntah ap2..
November 4, 2012 - 9:30 pm
Wahai FAM…harga pemain pun macam harga ayam ke? Ada harga siling. Kalau macam tu baik KAFA hati-hati. Kang tak pasal2 kena serbu dek KPDNKK!
November 3, 2012 - 7:01 pm
Kalau PSNJ x nak layan yuran sejuta, boleh blah
November 3, 2012 - 7:15 pm
Aku cadangkan pada KAFA, Tetapkan pendirinan anda. 1 Juta tetap 1 juta, kalau Johor x nak layan simpan je matyo dekat kelantan. Kalau nak brcakap pasal profesional..kt sini matyo kena profesional lah. kena hormat kontrak. Kalau main ala kadar.. letak je di bangku simpanan. Diri sendiri juga rugi. Sbgai contoh tgk carlos teves.. brp lama kena perap sbb x perform..sbb apa x perform sbb nak pindah kelab lain x boleh..sbb apa x boleh..Sbb Mancini nak Jual Mahal. TRW terus GOMO tanpa Matyo
Pingback: » Perpindahan Mat Yo: KAFA tak pernah tuntut RM1 juta | Sokernet
November 3, 2012 - 11:01 pm
dh nk barang org, ikut org la nk jual brape pon.. bengong..
November 4, 2012 - 7:48 am
kfa lepaskan mat yo, jual dia tolak sehenggit nak cukup sejuta.Apa pun kita tunggu kenyataan TSAM. Tak payah dok kecoh , buang masa je
November 4, 2012 - 4:02 pm
kalu untung belah dia ok je…time rugi….dh xikut peraturan plop…guano demo, harga guiza di pasaran ikut sokernet dl 2juta lebih, matyo dengan title Mvp tkan sama ngn harga Sfiq rahim kot…hahaha
Pingback: » Tiada had bayaran tebus kontrak pemain - FAM | Sokernet
November 8, 2012 - 8:55 pm
ooo ni sultan y org johor doa tiap2 ari tu…, xpenah miss…keke
November 8, 2012 - 11:11 pm
kah3 ini sultan budak2 ma.. mane tau hisab pasal bola maa..kn dh jilat ludah sendiri..nk bertitah soal tebus kontrak konon..hahahahahaha
November 12, 2012 - 1:40 am
Jua samah je la mt yo tu bkn sdp mne pon maen hrp kow final pm bru nie jh wt gol dle liga sbutir jh smbak…